Showing posts with label project. Show all posts
Showing posts with label project. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Things getting busier now...

Oh gosh! Things are up and going like crazy. It's datelines, after datelines, after datelines....

Baru jer set up appointment with Yvonne esok. 3 projects sekali gus nak discuss. Aku tak tahu brapa lama nanti meeting will drag. She gave me all the projects
schedules. Biler run thru, aku rasa, tahun nie tak bole cuti melancong / melencong ler. Packo siottt!!

Semalam jer dah overnite tak tido. Mlm nie, overnite lagi. Besok bangun pagi nak rush update schedules. Pastu afternoon meeting kat client's office. Balik meeting sambung kejer lagikk. Friday drawings nak kena siap...adusss! Kalo ler aku ader 8 tangan, 2 kepala...huhu.

Jumpa si Hidayat kejap tadi petang. Dia pon tgh busy giler. Aku nak tanyer if Mas tgh busy tak skrang. Ader project banglo nak kasi dia ahh..Tak terlarat nak buat lagi nie. Aku dah kira manpower needs. Rasa2 nak ader 2-3 orang handle nie project. Aku nak kena coordinate kat site. So, tak sempat ler nak run thru drawings.

Next week, dah kena turun site buat visual checks. Lepas tu draft plans for vetting dgn owners. Confirm banyak changes during first few phases. Tu yg makan masa nak buat. Tukar nyer berkali-kali.

Walo bagaimanapon, aku terpaksa jugak ader kan waktu, pasal Yvonne nie client aku yg best skali. Tak banyak colok kalo pasal duit. Kekadang aku segan nak charge dia mahal sangat utk service aku. As long dia happy dgn kejer aku sudah. Itu lebih penting kalo kiter lihat dari sudut bisnes.

Hmmm...dia tanyer aku, biler nak expand bisnes lagi? Aku rasa lom lagi ler. Dengan ekonomi yg tgh semput nie, agak risky ler nak invest. So, aku masih mengekalkan strategi lama walopon keadaan dah bertukar corak.

End of 2009 will be the time to watch. Banyak decision nak kena buat. Kalo ekonomi shows signs of perking up, then aku berani take risk. Dulu aku take risk jugak mcm gini ler. Akhirnya beribu duit aku rugi.. :(

Last week lak, makcik aku kat JB tanyer nak join venture food business tak? Alaaa...wrong timing ler. Aku blom ader masa nak fikirkan hal tuu. Tunggu aku turun Pulai ler nanti. Skrang nak berak pon takde time!

ps : Almakkk...copier machine aku rosak!!!! Aku nak siapkan contract agreement siot!!!

Thursday, March 26, 2009

Tangkap mood...

Hari nie aku dlm 'musical mood'. Pasal aku ader beberapa project music yg nak aku selesaikan dlm seminggu dua nie.

Member aku Fai Ironfist, skrg tgh sibuk compose lagu utk album instrumental solo dia yang pertama. Setelah band dia berjaya melahirkan album Death Metal yg pertama tempoh hari, kini, impian dia pulak utk melahirkan album instrumental guitar dia yg sulong.

Jarang sekali kiter dengar guitarist dari Spore buat kejer mcm nie. Kalo terjadi nyata, maka ini adalah achievement dia yg terbesar dlm career dia sebagai musician. Last week dia dah kasi aku music score lagu single dia, Fall from Grace.

So, tugas aku skrg utk menyempurnakan lagu tu dgn hentakan maut pukulan drum aku..huhu. Mcm real jer!

Besok aku masok studio utk dry practice dgn Fai. Kiter nak trial run lagu ciptaan dia. Kalo menjadi, korang tunggu ajer lah album sulong dia di pasaran nanti.

Fangface pon dah siapkan 3 music score lagu ciptaan beliau sendiri. Dah berulang-ulang kali aku re-run lagu tu pasal nak tangkap mood. Aku kena selit kan drum tempo. Pastu kena cipta lirik. Melody dia power beb! So, lirik pon kena POWER kedemak jugak...Challenging siaakk.

Yelah, aku nie bukan M.Nasir. Aku tak pandai cipta lirik puitis. Tapi aku bole cuba utk ketiga-tiga lagu tersebut ahh sebagai experimental project aku. Pastu aku nak copyright tu lirik. Kalo korang curik tu lirik, aku nak saman korang! hahahah...

Aku teringat, dulu aku ader buat lagu utk band lama aku. Lambang Cintaku, Arziana & Belasungkawa Kasih. Tapi aku tak sempat nak produce jadikan album, pasal mak aku tak suka aku jadi songwriter! So, lagu tu aku simpan jer dlm memori ini...Sedih siaa..

Friday, September 26, 2008

Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 3)

Istana Kampong Glam

Selain Gedung Kuning, Istana Kampong Glam adalah sebuah bangunan bersejarah yg termahsyur bukan saja di Singapura, bahkan dikalangan kerabat-kerabat diraja di seluruh nusantara ini.

Istana Kampong Glam dahulu kala

Mengikut sejarah, Istana lama yang terletak di Sultan Gate, dibina pada tahun 1840 ketika penjajahan British. Kediaman Sultan Ali Iskandah Shah ini, telah banyak menyaksikan perubahan masa, ketika pulau Singapura masih lagi sebuah kampong nelayan sampai lah ianya menjadi sebuah kota metropolitan kini.

Kenangan aku di Istana Kampong Glam

Pada tahun 80an, salah sorang kakak sedare aku telah berkahwin dengan sorang pewaris Istana tersebut (Sorry, oleh kerana ini kisah peribadi keluarga, aku tak leh sebut kat sini). Banyak jugak cerita-cerita Istana aku dengar dari dia. Apa yg aku tahu, Istana Kampong Glam tu ader kena-mengena dgn kerabat Sultan Trengganu skrang.

Ader satu ketika tu aku datang berhari raya mengujungi kakak sedare aku di Istana tersebut. Aku datang bersama kawan aku, Spidey. Kebetulan, Spidey ader sedare yg tinggal didalam kawasan Istana tersebut. Kita dok di ruang tamu bahagian atas Istana tu. Sambil makan kuih dan minom air oren, kami terasa gayat jugak melihat kecantikan pemandangan persekitaran dari dalam Istana lama itu. Aku sempat jugak melihat-lihat keadaan didalam Istana tersebut. Semasa aku merayau-rayau, aku terpikir jugak bagaimana kehidupan Sultan dizaman dulu. Mesti best. Mesti ader ramai dayang-dayang kat situ...peewiitt!


Sekitaran Istana Kampong Glam sebelum dibaik pulih

Dulu aku pernah berniaga lontong di Geylang Serai waktu bulan posa. Lontong kami semua direbus di halaman Istana Kampong Glam oleh pakciknya si Spidey. Lepas lontong kami siap, kiter angkut lontong-lontong itu ke Pasar Geylang Serai utk dijual. (Oh ya, kepada semua pelanggan2 kami dulu, terimakasih kerana sudi membeli Lontong Istana Kampong Glam.)





Pada tahun 1999, ketika pemerintah Singapura mengambil alih Istana itu, ramai yang tak setuju. Walaopon Istana usang itu tidak lagi mempuyai apa-apa nilai-nilai kepentingan, tetapi ianya tetap menjadi satu lambang simbolik kepada masyarakat melayu di sini. Itulah peninggalan saki-baki khazanah orang-orang melayu yg pernah hidup bersultan di Singapura. (Saper kater Spore takde Sultan??) Tengkara politik ini berterusan merebak hingga ke Malaysia yg turut sama memprotest.

Akhirnya, Istana Kampong Glam berjaya diambil alih oleh pemerintah Singapura jua.

Ketika itu, bermulalah satu lagi era baru utk Istana Kampong Glam.

Taman Warisan Melayu


Setelah project Gedung Kuning selesai, aku ditugaskan untuk terlibat dalam membaik pulih Istana Kampong Glam utk dijadikan sebuah muzium yg dinamakan Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre). Sekali lagi dalam sejarah, aku pulang ke kawasan Istana itu tetapi dengan objektif yg berlainan. Kini aku datang untuk project membaik pulih Istana lama itu pula.

Kerja pembaikan Istana lebih rumit dari Gedung Kuning. Bukan saja saiznyer yang lebih besar, tetapi kerja pemuliharan harus dilakukan dengan lebih terperinci. Memandangkan ianya tapak kesan sejarah, kerja cari-gali oleh pakar-pakar arkeologi harus dijalankan terlebih dahulu. Kawasan tanah yg lembut juga menyukarkan kerja-kerja berat. Keadaan usang Istana itu diterukan lagi dengan kayu-kayu yg telah dimakan usia.


Kayu bumbung yang dah reput semacam.

Ketika kerja-kerja membaik pulih didalam Istana Kampong Glam


Kalo aku imbas kembali, sebelum project ini bermula, plan lakar Istana Kampong Glam begitu besar dan luas. Ia sepatutnya mempuyai ruang bawah tanah utk dijadikan auditorium dan bilik-bilik bengkel khas. Oleh kerana budget yg terhad, segala rekabentuk yg berjuta-juta dollar itu terpaksa dimansuhkan. Bukan itu saja, oleh kerana ader sebab-sebab politik yg lain (yg tak boleh aku kongsi di blog ini) banyak jugak keadaan Taman Warisan terpaksa diubah.

Aku berurusan dengan Encik Khalid Shukur Bakri, seorang pegawai Taman Warisan Melayu ketika itu. Sejak projek itu bermula sehingga ler selesai, Encik Khalid banyak jugak membantu aku.





Kini Istana Kampong Glam tersergam indah, walaopon fungsinya dah berlainan. Kalo dulu ianya menjadi Istana Sultan, kini ianya menjadi sebuah taman warisan utk masyarakat Singapura.


Galeri yang mempamerkan artifek-artifek melayu purba


Dulu, tangga naik (gambar kiri) ke atas ini berwarna kuning. Ketika aku daki tangga tersebut, aku lihat ada anak-anak tangga yang berlobang dan reput dimakan anai-anai.

Di ruangan tamu tingkat atas ini lah, aku dan spidey dok menjamu selera kuih raya dan minom air oren F&N ketika kami menziarahi kakak sedare aku ketika hari raya. Aku masih ingat lagi cuaca petang itu begitu redup dan nyaman sekali. Ruang temboknya pula dihiasi dengan gambar-gambar lama dari generasi terdahulu.

Dulu Istana Kampong Glam - Kini Taman Warisan Melayu

Walaupon Istana Kampong Glam kini nampak lebih cantik dan indah, akan tetapi aku masih tetap merindui keadaan Istana Kampong Glam yang lama.

Next episode, kiter akan bergerak pula ke project aku yang lagi satu lak - Masjid Sultan.

Other related stories : Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 1), Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 2)

Sunday, September 21, 2008

Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part2)

Gedung Kuning

Sementara kiter kat kawasan Kampong Glam nie, mari kiter singgah sejenak ke satu tempat yg diberi nama Gedung Kuning.

Wajah Gedung Kuning sebelum dibaik pulih dan pemuliharaan

Gedung Kuning telah dibina pada tahun 1860 dan menjadi kediaman rasmi Bendahara Singapura di zaman kesultanan Melayu.

Selepas itu ianya dimiliki oleh seorang saudagar tali pinggang yg bernama Haji Yusoff. Tempat itu pula diwarisi oleh keluarganya sehinggalah pemerintah Singapura mengambil alih pada tahun 1999. Kini, Gedung Kuning telah dibaik pulih dan dikekalkan menjadi sebuah restorant eksklusif 'Tepak Sirih' yg menyajikan hidangan dan masakan2 melayu. (Kisah lanjut sejarah Gedung Kuning sila klik disini)

Restoran Tepak Sireh

Pernah dulu pada tahun 90an, aku kerap melalui didepan rumah itu ketika nak ke tempat kerja. Setiap kali aku lalu disitu, aku akan jengok dan cuba-cuba mengintai kedalam kawasan rumah itu. Aku agak curious jugak nak tahu aper yg ader dalam rumah besar tersebut. Aku cuma setakat tahu yang bangunan itu ader kaitan dengan sejarah Singapura lama dan tak lebih dari itu.

Beberapa tahun kemudian, setelah Gedung Kuning diambil alih oleh kerajaan Singapura, aku telah terbabit secara langsung didalam kerja2 pembaikan dan pemuliharaan Gedung Kuning. Itulah saat yang aku tak dapat lupakan dan telah diberi peluang meninjau dgn sendiri keadaan Gedung Kuning yg sebenarnya. Maklomlah, bukan calang2 orang yg berpeluang utk melakukan projek tersebut.

Aku lampirkan gambar2 yg telah aku ambil ketika Gedung Kuning baru saja selesai menjalani pemuliharaan.

Tingkat bawah Gedung Kuning - Dahulunya ianya sebuah ruang tamu

Tingkat atas Gedung Kuning

Satu sudut di tingkat atas

Hallway di tingkat atas - Kamar tidur dahulu disebelah kiri

Ketika aku mula-mula menjejak masuk sebelum projek itu bermula, keadaan Gedung Kuning tidak ubah seperti sebuah rumah kampong lama yg telah usang. Walau bagaimanapon, struktur rangka bangunan itu masih utuh walaupon telah beusia lebih dari 100 tahun.

Kerja pemuliharaan begitu rumit kerana terlampau banyak panduan yg harus dipatuhi. Kerja-kerja ubahsuai tidah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana terpaksa mengekalkan bentuknya yg asli.

Pintu2 kayunya juga harus diganti dengan replika, sama seperti yg original. Ada juga jubin-jubin yang harus diimport dari Vietnam untuk menggantikan yg lama. Warna cat kuningnya juga harus mengikut warna asal bangunan tersebut. Kira dlm masa dua tahun tu, masa aku habis turun naik ke pejabat URA utk berurusan dgn Puan Doris Tan, pegawai dari Conservation Unit.



Yang lebih merumitkan lagi apabila bangunan yang dulu sebuah resident, kini telah ditukar menjadi sebuah tempat komersial dan kami harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tangga lama menuju ke tingkat atas. (Gambar ihsan dari http://www.gedungkuning.com/)

Gambar tangga yang sama aku petik setelah menjalani baik pulih

Rakan aku, Abdul Jalil, yg menjadi penyelia project itu, pon kadang-kala pening kepala kerana terlampau banyak restriction. Infact, kontractor yg melakukan kerja pemuliharaan itu telah dua kali bertukar-ganti.

Puan Melati Salleh dari firma Design 2000, telah dilantik menjadi RI inspector untuk project tersebut. Rakan sekolah lama aku pula, Daing Hashim, menjadi pegawai inspector keseluruhan bangunan dan meluluskanya sebelum di serah kembali kepada pemerintah Singapura.

Secara keseluruhan, project itu telah berjalan dengan lancar dan aku amat berpuas hati dgn hasil kerja2 pembaikan Gedung Kuning.

Kini, aku dapat berbangga kerana dapat menyumbang sesuatu untuk sebuah bangunan yg begitu bersejarah yang berkaitan rapat dgn Singapura.

Pintu pagar Gedung Kuning

Ok for the next episode, aku akan bawak korang jelajah ke project aku yang lagi satu, Istana Kampong Glam pulak...

Other related story : http://belachantumbuk.blogspot.com/2008/09/jalan-jalanke-kampong-glam-part-1.html

Friday, July 18, 2008

Just Because

You want to know why I'm too bz and pressured these days??

Because, I want you to be able to sit under the stars tonite...
Because, I want you to come for the Zouk party...
Because, I want you to feel the atmosphere...
Because, I want you to enjoy the ambience...

Because, I want you to know that I had sacrificed myself just to make you happy.

Details

The Stamford Garden project has finally completed. So ppl, enjoy yourself while I lay at home and sleep.

I'm just too exhausted after all these.