Showing posts with label kampong glam. Show all posts
Showing posts with label kampong glam. Show all posts

Friday, September 26, 2008

Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 3)

Istana Kampong Glam

Selain Gedung Kuning, Istana Kampong Glam adalah sebuah bangunan bersejarah yg termahsyur bukan saja di Singapura, bahkan dikalangan kerabat-kerabat diraja di seluruh nusantara ini.

Istana Kampong Glam dahulu kala

Mengikut sejarah, Istana lama yang terletak di Sultan Gate, dibina pada tahun 1840 ketika penjajahan British. Kediaman Sultan Ali Iskandah Shah ini, telah banyak menyaksikan perubahan masa, ketika pulau Singapura masih lagi sebuah kampong nelayan sampai lah ianya menjadi sebuah kota metropolitan kini.

Kenangan aku di Istana Kampong Glam

Pada tahun 80an, salah sorang kakak sedare aku telah berkahwin dengan sorang pewaris Istana tersebut (Sorry, oleh kerana ini kisah peribadi keluarga, aku tak leh sebut kat sini). Banyak jugak cerita-cerita Istana aku dengar dari dia. Apa yg aku tahu, Istana Kampong Glam tu ader kena-mengena dgn kerabat Sultan Trengganu skrang.

Ader satu ketika tu aku datang berhari raya mengujungi kakak sedare aku di Istana tersebut. Aku datang bersama kawan aku, Spidey. Kebetulan, Spidey ader sedare yg tinggal didalam kawasan Istana tersebut. Kita dok di ruang tamu bahagian atas Istana tu. Sambil makan kuih dan minom air oren, kami terasa gayat jugak melihat kecantikan pemandangan persekitaran dari dalam Istana lama itu. Aku sempat jugak melihat-lihat keadaan didalam Istana tersebut. Semasa aku merayau-rayau, aku terpikir jugak bagaimana kehidupan Sultan dizaman dulu. Mesti best. Mesti ader ramai dayang-dayang kat situ...peewiitt!


Sekitaran Istana Kampong Glam sebelum dibaik pulih

Dulu aku pernah berniaga lontong di Geylang Serai waktu bulan posa. Lontong kami semua direbus di halaman Istana Kampong Glam oleh pakciknya si Spidey. Lepas lontong kami siap, kiter angkut lontong-lontong itu ke Pasar Geylang Serai utk dijual. (Oh ya, kepada semua pelanggan2 kami dulu, terimakasih kerana sudi membeli Lontong Istana Kampong Glam.)





Pada tahun 1999, ketika pemerintah Singapura mengambil alih Istana itu, ramai yang tak setuju. Walaopon Istana usang itu tidak lagi mempuyai apa-apa nilai-nilai kepentingan, tetapi ianya tetap menjadi satu lambang simbolik kepada masyarakat melayu di sini. Itulah peninggalan saki-baki khazanah orang-orang melayu yg pernah hidup bersultan di Singapura. (Saper kater Spore takde Sultan??) Tengkara politik ini berterusan merebak hingga ke Malaysia yg turut sama memprotest.

Akhirnya, Istana Kampong Glam berjaya diambil alih oleh pemerintah Singapura jua.

Ketika itu, bermulalah satu lagi era baru utk Istana Kampong Glam.

Taman Warisan Melayu


Setelah project Gedung Kuning selesai, aku ditugaskan untuk terlibat dalam membaik pulih Istana Kampong Glam utk dijadikan sebuah muzium yg dinamakan Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre). Sekali lagi dalam sejarah, aku pulang ke kawasan Istana itu tetapi dengan objektif yg berlainan. Kini aku datang untuk project membaik pulih Istana lama itu pula.

Kerja pembaikan Istana lebih rumit dari Gedung Kuning. Bukan saja saiznyer yang lebih besar, tetapi kerja pemuliharan harus dilakukan dengan lebih terperinci. Memandangkan ianya tapak kesan sejarah, kerja cari-gali oleh pakar-pakar arkeologi harus dijalankan terlebih dahulu. Kawasan tanah yg lembut juga menyukarkan kerja-kerja berat. Keadaan usang Istana itu diterukan lagi dengan kayu-kayu yg telah dimakan usia.


Kayu bumbung yang dah reput semacam.

Ketika kerja-kerja membaik pulih didalam Istana Kampong Glam


Kalo aku imbas kembali, sebelum project ini bermula, plan lakar Istana Kampong Glam begitu besar dan luas. Ia sepatutnya mempuyai ruang bawah tanah utk dijadikan auditorium dan bilik-bilik bengkel khas. Oleh kerana budget yg terhad, segala rekabentuk yg berjuta-juta dollar itu terpaksa dimansuhkan. Bukan itu saja, oleh kerana ader sebab-sebab politik yg lain (yg tak boleh aku kongsi di blog ini) banyak jugak keadaan Taman Warisan terpaksa diubah.

Aku berurusan dengan Encik Khalid Shukur Bakri, seorang pegawai Taman Warisan Melayu ketika itu. Sejak projek itu bermula sehingga ler selesai, Encik Khalid banyak jugak membantu aku.





Kini Istana Kampong Glam tersergam indah, walaopon fungsinya dah berlainan. Kalo dulu ianya menjadi Istana Sultan, kini ianya menjadi sebuah taman warisan utk masyarakat Singapura.


Galeri yang mempamerkan artifek-artifek melayu purba


Dulu, tangga naik (gambar kiri) ke atas ini berwarna kuning. Ketika aku daki tangga tersebut, aku lihat ada anak-anak tangga yang berlobang dan reput dimakan anai-anai.

Di ruangan tamu tingkat atas ini lah, aku dan spidey dok menjamu selera kuih raya dan minom air oren F&N ketika kami menziarahi kakak sedare aku ketika hari raya. Aku masih ingat lagi cuaca petang itu begitu redup dan nyaman sekali. Ruang temboknya pula dihiasi dengan gambar-gambar lama dari generasi terdahulu.

Dulu Istana Kampong Glam - Kini Taman Warisan Melayu

Walaupon Istana Kampong Glam kini nampak lebih cantik dan indah, akan tetapi aku masih tetap merindui keadaan Istana Kampong Glam yang lama.

Next episode, kiter akan bergerak pula ke project aku yang lagi satu lak - Masjid Sultan.

Other related stories : Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 1), Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 2)

Sunday, September 21, 2008

Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part2)

Gedung Kuning

Sementara kiter kat kawasan Kampong Glam nie, mari kiter singgah sejenak ke satu tempat yg diberi nama Gedung Kuning.

Wajah Gedung Kuning sebelum dibaik pulih dan pemuliharaan

Gedung Kuning telah dibina pada tahun 1860 dan menjadi kediaman rasmi Bendahara Singapura di zaman kesultanan Melayu.

Selepas itu ianya dimiliki oleh seorang saudagar tali pinggang yg bernama Haji Yusoff. Tempat itu pula diwarisi oleh keluarganya sehinggalah pemerintah Singapura mengambil alih pada tahun 1999. Kini, Gedung Kuning telah dibaik pulih dan dikekalkan menjadi sebuah restorant eksklusif 'Tepak Sirih' yg menyajikan hidangan dan masakan2 melayu. (Kisah lanjut sejarah Gedung Kuning sila klik disini)

Restoran Tepak Sireh

Pernah dulu pada tahun 90an, aku kerap melalui didepan rumah itu ketika nak ke tempat kerja. Setiap kali aku lalu disitu, aku akan jengok dan cuba-cuba mengintai kedalam kawasan rumah itu. Aku agak curious jugak nak tahu aper yg ader dalam rumah besar tersebut. Aku cuma setakat tahu yang bangunan itu ader kaitan dengan sejarah Singapura lama dan tak lebih dari itu.

Beberapa tahun kemudian, setelah Gedung Kuning diambil alih oleh kerajaan Singapura, aku telah terbabit secara langsung didalam kerja2 pembaikan dan pemuliharaan Gedung Kuning. Itulah saat yang aku tak dapat lupakan dan telah diberi peluang meninjau dgn sendiri keadaan Gedung Kuning yg sebenarnya. Maklomlah, bukan calang2 orang yg berpeluang utk melakukan projek tersebut.

Aku lampirkan gambar2 yg telah aku ambil ketika Gedung Kuning baru saja selesai menjalani pemuliharaan.

Tingkat bawah Gedung Kuning - Dahulunya ianya sebuah ruang tamu

Tingkat atas Gedung Kuning

Satu sudut di tingkat atas

Hallway di tingkat atas - Kamar tidur dahulu disebelah kiri

Ketika aku mula-mula menjejak masuk sebelum projek itu bermula, keadaan Gedung Kuning tidak ubah seperti sebuah rumah kampong lama yg telah usang. Walau bagaimanapon, struktur rangka bangunan itu masih utuh walaupon telah beusia lebih dari 100 tahun.

Kerja pemuliharaan begitu rumit kerana terlampau banyak panduan yg harus dipatuhi. Kerja-kerja ubahsuai tidah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana terpaksa mengekalkan bentuknya yg asli.

Pintu2 kayunya juga harus diganti dengan replika, sama seperti yg original. Ada juga jubin-jubin yang harus diimport dari Vietnam untuk menggantikan yg lama. Warna cat kuningnya juga harus mengikut warna asal bangunan tersebut. Kira dlm masa dua tahun tu, masa aku habis turun naik ke pejabat URA utk berurusan dgn Puan Doris Tan, pegawai dari Conservation Unit.



Yang lebih merumitkan lagi apabila bangunan yang dulu sebuah resident, kini telah ditukar menjadi sebuah tempat komersial dan kami harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tangga lama menuju ke tingkat atas. (Gambar ihsan dari http://www.gedungkuning.com/)

Gambar tangga yang sama aku petik setelah menjalani baik pulih

Rakan aku, Abdul Jalil, yg menjadi penyelia project itu, pon kadang-kala pening kepala kerana terlampau banyak restriction. Infact, kontractor yg melakukan kerja pemuliharaan itu telah dua kali bertukar-ganti.

Puan Melati Salleh dari firma Design 2000, telah dilantik menjadi RI inspector untuk project tersebut. Rakan sekolah lama aku pula, Daing Hashim, menjadi pegawai inspector keseluruhan bangunan dan meluluskanya sebelum di serah kembali kepada pemerintah Singapura.

Secara keseluruhan, project itu telah berjalan dengan lancar dan aku amat berpuas hati dgn hasil kerja2 pembaikan Gedung Kuning.

Kini, aku dapat berbangga kerana dapat menyumbang sesuatu untuk sebuah bangunan yg begitu bersejarah yang berkaitan rapat dgn Singapura.

Pintu pagar Gedung Kuning

Ok for the next episode, aku akan bawak korang jelajah ke project aku yang lagi satu, Istana Kampong Glam pulak...

Other related story : http://belachantumbuk.blogspot.com/2008/09/jalan-jalanke-kampong-glam-part-1.html

Wednesday, September 17, 2008

Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 1)

Kalo dulu aku dah bawak korang jalan-jalan sekitar Orchard Road & Jalan Ampas, bulan posa nie kiter ziarah lak ke kawasan yg agak sinonim dgn masyarakat Melayu di Singapura nie, iaitu Kampong Glam.

Tahun nie, Kampong Glam dimandikan cahaya lagi bagi menyambut kedatangan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri. Tetapi, tiap-tiap tahun kawasan nie kurang meriah kalo nak dibandingkan di kawasan Geylang Serai.



Pemerintah telah cuba pelbagai cara utk mempromosikan kawasan Kampong Glam supaya ianya setanding dengan kemeriahan Geylang Serai pada musim2 perayaan. Tetapi tetap tak menjadi. Kenapa agaknya?

Kalo kiter imbas kembali sejarah, kawasan Kampong Glam adalah tempat penempatan orang-orang Melayu yang datang dari gugusan kepulauan Melayu, masyarakat Arab dan penganut-penganut Islam khususnya, ketika zaman penjajahan British di Singapura.

Simpang Jalan Sultan dan North Bridge Road

Bangunan lama disepanjang North Bridge Road (menuju ke Masjid Sultan)


Sehingga kini masih nampak lagi kesan sejarah, seperti bangunan2 lama, masjid-masjid dan nama-nama jalan, yang mempunyai kaitan fakta sejarah silam, dimana kawasan itu adalah nadi ekonomi orang-orang Melayu dan Islam.

(Errr...aku mcm tulis buku sejarah lah ek? Ok, aku tak nak mengulas lebih lanjut kisah-kisah silam tu.)

Aku dan Kampong Glam

Secara tidak langsung, kawasan Kampong Glam mempuyai kaitan peribadi dgn diri aku sejak kecik sehinggalah sekarang. Time aku kecik-kecik dulu, aku selalu naik bas dekat Queen Street untuk pulang ke Johor. Di situ ler terminal bas no.170 dan Singapore-Johore Express untuk saper yang hendak menyeberang ke Johor.


Bus Terminal Queen Street, Singapura


Kedai bhai sarbat dah menjadi port tempat aku lepak dgn member2 dok minom teh tarik selepas kejer.

Kedai Teh Tarik Sarbat (21 Bussorah Street)

Kalo malam hari, tempat nie memang 'glamour' dan selalunyer penuh dgn orang. Makin mlm happening plak. Tempat makan pon dah banyak berderet kat situ. Ader makanan melayu, Indonesia, Arab, Mediterranean, India dan etc...etc. (Sila ke website ini untuk ulasan lebih lanjut)

Kalo di KL popular dgn Jln Masjid India yg menjual beranika kain, disini pula terkenal dgn Arab Street. Tak kira ler pelancong atau warga tempatan, kalo time nak raya, mesti datang cari kain kat situ. (Aku dgr Ziana Zain pon suka cari kain kat sini..hehe!)



Kalo cakap pasal makanan, dikawasan ini ler bermulanya hidangan 'Murtabak Singapura' yg termahsyor sekali hingga ke Malaysia. Dan di kawasan sini ler terdapat dua kedai murtabak (Zam-Zam dan Victory) yang menghidangkan makanan itu. Ramai jugak pelawat dari Malaysia yang turun di Queen Street dan jalan datang utk makan 'Murtabak Singapura'.




Selain dari itu, ader beberapa perkara lain yg berkaitan dgn diriku dan kawasan sekitaran Kampong Glam. Ianya terbabit secara langsung dgn hidup dan career ku hingga ke saat ini.

Masjid, Istana dan Gedung

Bila sebut ajer Kampong Glam, ader 3 ikon bersejarah berkaitan dgn tempat tu. Masjid Sultan, Istana Kampong Glam dan Gedung Kuning.

Kawasan Kampong Glam

Ketiga-tiga bangunan ini memainkan peranan penting didalam sejarah Singapura dulu. Ini kerana bangunan2 itu dibina pada abad ke 19 dan hingga kini telah dikekalkan menjadi monument negara.

So aper kaitan ketiga-tiga bangunan nie dgn diri aku?

Nak tahu aper citer selanjutnya?...Akan aku ajak korang jalan-jalan kesana sambil mengupas ceritanya....jeng...jeng...jeng!