Selain Gedung Kuning, Istana Kampong Glam adalah sebuah bangunan bersejarah yg termahsyur bukan saja di Singapura, bahkan dikalangan kerabat-kerabat diraja di seluruh nusantara ini.
Kenangan aku di Istana Kampong Glam
Pada tahun 80an, salah sorang kakak sedare aku telah berkahwin dengan sorang pewaris Istana tersebut (Sorry, oleh kerana ini kisah peribadi keluarga, aku tak leh sebut kat sini). Banyak jugak cerita-cerita Istana aku dengar dari dia. Apa yg aku tahu, Istana Kampong Glam tu ader kena-mengena dgn kerabat Sultan Trengganu skrang.
Ader satu ketika tu aku datang berhari raya mengujungi kakak sedare aku di Istana tersebut. Aku datang bersama kawan aku, Spidey. Kebetulan, Spidey ader sedare yg tinggal didalam kawasan Istana tersebut. Kita dok di ruang tamu bahagian atas Istana tu. Sambil makan kuih dan minom air oren, kami terasa gayat jugak melihat kecantikan pemandangan persekitaran dari dalam Istana lama itu. Aku sempat jugak melihat-lihat keadaan didalam Istana tersebut. Semasa aku merayau-rayau, aku terpikir jugak bagaimana kehidupan Sultan dizaman dulu. Mesti best. Mesti ader ramai dayang-dayang kat situ...peewiitt!
Dulu aku pernah berniaga lontong di Geylang Serai waktu bulan posa. Lontong kami semua direbus di halaman Istana Kampong Glam oleh pakciknya si Spidey. Lepas lontong kami siap, kiter angkut lontong-lontong itu ke Pasar Geylang Serai utk dijual. (Oh ya, kepada semua pelanggan2 kami dulu, terimakasih kerana sudi membeli Lontong Istana Kampong Glam.)
Pada tahun 1999, ketika pemerintah Singapura mengambil alih Istana itu, ramai yang tak setuju. Walaopon Istana usang itu tidak lagi mempuyai apa-apa nilai-nilai kepentingan, tetapi ianya tetap menjadi satu lambang simbolik kepada masyarakat melayu di sini. Itulah peninggalan saki-baki khazanah orang-orang melayu yg pernah hidup bersultan di Singapura. (Saper kater Spore takde Sultan??) Tengkara politik ini berterusan merebak hingga ke Malaysia yg turut sama memprotest.
Akhirnya, Istana Kampong Glam berjaya diambil alih oleh pemerintah Singapura jua.
Ketika itu, bermulalah satu lagi era baru utk Istana Kampong Glam.
Taman Warisan Melayu
Setelah project Gedung Kuning selesai, aku ditugaskan untuk terlibat dalam membaik pulih Istana Kampong Glam utk dijadikan sebuah muzium yg dinamakan Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre). Sekali lagi dalam sejarah, aku pulang ke kawasan Istana itu tetapi dengan objektif yg berlainan. Kini aku datang untuk project membaik pulih Istana lama itu pula.
Kerja pembaikan Istana lebih rumit dari Gedung Kuning. Bukan saja saiznyer yang lebih besar, tetapi kerja pemuliharan harus dilakukan dengan lebih terperinci. Memandangkan ianya tapak kesan sejarah, kerja cari-gali oleh pakar-pakar arkeologi harus dijalankan terlebih dahulu. Kawasan tanah yg lembut juga menyukarkan kerja-kerja berat. Keadaan usang Istana itu diterukan lagi dengan kayu-kayu yg telah dimakan usia.
Kayu bumbung yang dah reput semacam.
Ketika kerja-kerja membaik pulih didalam Istana Kampong Glam
Kalo aku imbas kembali, sebelum project ini bermula, plan lakar Istana Kampong Glam begitu besar dan luas. Ia sepatutnya mempuyai ruang bawah tanah utk dijadikan auditorium dan bilik-bilik bengkel khas. Oleh kerana budget yg terhad, segala rekabentuk yg berjuta-juta dollar itu terpaksa dimansuhkan. Bukan itu saja, oleh kerana ader sebab-sebab politik yg lain (yg tak boleh aku kongsi di blog ini) banyak jugak keadaan Taman Warisan terpaksa diubah.
Aku berurusan dengan Encik Khalid Shukur Bakri, seorang pegawai Taman Warisan Melayu ketika itu. Sejak projek itu bermula sehingga ler selesai, Encik Khalid banyak jugak membantu aku.
Kini Istana Kampong Glam tersergam indah, walaopon fungsinya dah berlainan. Kalo dulu ianya menjadi Istana Sultan, kini ianya menjadi sebuah taman warisan utk masyarakat Singapura.
Dulu, tangga naik (gambar kiri) ke atas ini berwarna kuning. Ketika aku daki tangga tersebut, aku lihat ada anak-anak tangga yang berlobang dan reput dimakan anai-anai.
Di ruangan tamu tingkat atas ini lah, aku dan spidey dok menjamu selera kuih raya dan minom air oren F&N ketika kami menziarahi kakak sedare aku ketika hari raya. Aku masih ingat lagi cuaca petang itu begitu redup dan nyaman sekali. Ruang temboknya pula dihiasi dengan gambar-gambar lama dari generasi terdahulu.
Dulu Istana Kampong Glam - Kini Taman Warisan Melayu
Walaupon Istana Kampong Glam kini nampak lebih cantik dan indah, akan tetapi aku masih tetap merindui keadaan Istana Kampong Glam yang lama.
Next episode, kiter akan bergerak pula ke project aku yang lagi satu lak - Masjid Sultan.
Other related stories : Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 1), Jalan-jalan...ke Kampong Glam (Part 2)