Showing posts with label blogpost. Show all posts
Showing posts with label blogpost. Show all posts

Monday, June 01, 2009

Yang terakhir...


[ This blog site is now officially closed ]


Seperti berbulan-bulan lalu dijadualkan , siri blog Belachan Tumbuk dah pon sampai ke penghujung nyer.

Isssh..memang cepat sungguh masa berlalu. Sejak dari post yg pertama, diam tak diam, dah sampai ke post yang ke-195. Setahun lebih blog aku nie berada di alam maya. Rasa sebak ler nak tutop tirai.

Aku betol seronok sekali mengendalikan Belachan Tumbuk tetapi, biarlah ianya berakhir disini dgn segala inti ceritanya tersimpan menjadi satu kenangan. Seperti siri-siri blog aku yg lain, Belachan Tumbuk adalah sebuah blog yang sungguh istimewa bagiku dengan cerita-ceritanya yang tersendiri.

Dalam masa setahun nie, banyak jugak cerita yg telah aku kupas. Dari hal-ehwal semasa, ekonomi sejagat, hal-hal politik, kisah perjalanan hidop aku, kisah kawan2 sekeliling aku...hmmm...kira mcm2 ahh..

Ader cerita sedih, cerita bodoh, cerita mentel, cerita yg teramat-amat serious, telah aku kongsi ngan korang. Aku berharap benor ler korang terhibur dgn coretan aku yg kekadang aku rasa mcm mengarut tuu...hahaha!

Tapi yg penting skali, message yg ingin aku terapkan dpt memberi sedikit manfaat kpd pembaca blog aku. Terimaksih ajer ler...

Penghargaan juga kepada bloggers di luar sana yg telah sudi 'meng-link' Belachan Tumbuk di dalam blog-blog mereka. Tak secara langsung, blog aku dapat FREE publicity satu dunia. :D

Terimakasih jugak kepada yg sudi memberi feedbacks kepada aku. Ader yg baik dan membina, ader yg marah2 kat aku, ader yg terasa jerlus, ader sampai kutok aku berbakol-bakol! hahaha...

Walobagaimana pon, aku tetap terima segalanya dgn hati yg terbuka. Itu menunjukkan ramai yg prihatin dgn segala apa yg aku paparkan disini. Aku pon seorang manusia biasa yg tidak pernah sempurna dan mempunyai kelemahan tersendiri.

Segala coretan disini adalah ikhlas dtg dari kacamata hati aku. Oh ya, ader juga yg tanyer sama ader cerita yg aku lampirkan tu kisah benar ke??

Wahh...soklan cepumas nie...hehe! Cerita2 disini adalah kisah benar dan betol terjadi disekeliling aku dan juga pada diri aku. Tapi ader orang kater aku tulis mcm 'crypto language' jer, tak paham langsung! Ehehehe...ya, mmg banyak secret codes kat sini. Pepandai ler korang decrypt setiap 'Da Vinci' code aku tuu...huhu!

Kini, Belachan Tumbuk telah sampai kemuncak dan akan melaboh tirai buat selama-lama nyer.

Dengan akhir kater, semoga kiter berjumpa di lain waktu dan kesempatan, jaga diri korang baik2 okey. Jgn nakal2 dgn kawan2. Hormat ibu bapa dan jgn sesekali lupa siapa diri kiter ini. Kalo ader duit lebih tu, jgn lupa sedekah kat masjid.

Sehingga dari itu, salam perpisahan dari aku....Wassalam.


*Hint: Aku nak gie kedai. Aku nak beli 10 tin sardin...heh!

Sunday, March 01, 2009

EOT *Extension Of Time*

Blog ini akan dilanjutkan until further notice.

Tu hari, aku ader ura-ura nak tamatkan blogsite nie. Lagipon aku dah standby blogsite yang baru.

Tapi ramai kawan-kawan chatters yg beri feedback, tak yah ler shutdown Belacahan Tumbuk. Susah mereka nak hunt down blog baru aku nanti. Lagipon dia org happy baca cerita blog aku kat sini...

Lagipon, aku dpt ramai kawan baru kat sini lah. So ok ler, demi pembaca-pembaca setia blog aku, siri Belachan Tumbuk akan dilanjutkan hingga ke satu masa yg tertentu. (Aku pon tak tahu sampai biler)

Terimakasih kerana telah memberi sokongan selama ini.

Bak kata pepatah aku, walopon bau belachan itu busyuk, tapi ramai yang masih sukakan nya...

Terimakasih daun keladi, senang-senang datang lagi, okeyyy :-)

Peace.

Saturday, January 03, 2009

Paling Ngetop!

My Top 10 hits FY2008

Not always easy to blog about something out of nothing, but always interesting to know what are your most read write-up!

Below are my top 10 most popular posts taken from ALL blogsites I owned which had captured people's interests in 2008.



The TOP 10 posts are...

Number 10
Blogsite: Zuereka
Blogpost: The Window (Put the blame on me)

Number 9
Blogsite: Cencalok
Blogpost: Hantu, Handphone & YouTube

Number 8
Blogsite: Belachan Tumbuk
Blogpost: For the very 1st time

Number 7
Blogsite: The Elements
Blogpost: Getting projects approved and completed on time? That's not a problem

Number 6
Blogsite: Zuereka
Blogpost: Singapore Outlook in 2008

Number 5
Blogsite: Belachan Tumbuk
Blogpost: Istilah 'Minah Ferring'

Number 4
Blogsite: [6]IX - Namjahanam
Blogpost: Bermukim Dalam Cahaya - Jablak Bass beri komen

Number 3
Blogsite: Belachan Tumbuk
Blogpost: Apa itu kasih dan apa itu cinta

Number 2
Blogsite: Cencalok
Blogpost: Am I beautiful?

Number 1 !!!???
Blogsite: Cencalok
Blogpost: Apa yang penting, kerjasama - Wonderpets
Views : 726 views
Popular tagword for searches: "Wonderpets"

ps : I have to admit, some people are really-really weird! :P