Showing posts with label Final. Show all posts
Showing posts with label Final. Show all posts

Monday, June 01, 2009

Yang terakhir...


[ This blog site is now officially closed ]


Seperti berbulan-bulan lalu dijadualkan , siri blog Belachan Tumbuk dah pon sampai ke penghujung nyer.

Isssh..memang cepat sungguh masa berlalu. Sejak dari post yg pertama, diam tak diam, dah sampai ke post yang ke-195. Setahun lebih blog aku nie berada di alam maya. Rasa sebak ler nak tutop tirai.

Aku betol seronok sekali mengendalikan Belachan Tumbuk tetapi, biarlah ianya berakhir disini dgn segala inti ceritanya tersimpan menjadi satu kenangan. Seperti siri-siri blog aku yg lain, Belachan Tumbuk adalah sebuah blog yang sungguh istimewa bagiku dengan cerita-ceritanya yang tersendiri.

Dalam masa setahun nie, banyak jugak cerita yg telah aku kupas. Dari hal-ehwal semasa, ekonomi sejagat, hal-hal politik, kisah perjalanan hidop aku, kisah kawan2 sekeliling aku...hmmm...kira mcm2 ahh..

Ader cerita sedih, cerita bodoh, cerita mentel, cerita yg teramat-amat serious, telah aku kongsi ngan korang. Aku berharap benor ler korang terhibur dgn coretan aku yg kekadang aku rasa mcm mengarut tuu...hahaha!

Tapi yg penting skali, message yg ingin aku terapkan dpt memberi sedikit manfaat kpd pembaca blog aku. Terimaksih ajer ler...

Penghargaan juga kepada bloggers di luar sana yg telah sudi 'meng-link' Belachan Tumbuk di dalam blog-blog mereka. Tak secara langsung, blog aku dapat FREE publicity satu dunia. :D

Terimakasih jugak kepada yg sudi memberi feedbacks kepada aku. Ader yg baik dan membina, ader yg marah2 kat aku, ader yg terasa jerlus, ader sampai kutok aku berbakol-bakol! hahaha...

Walobagaimana pon, aku tetap terima segalanya dgn hati yg terbuka. Itu menunjukkan ramai yg prihatin dgn segala apa yg aku paparkan disini. Aku pon seorang manusia biasa yg tidak pernah sempurna dan mempunyai kelemahan tersendiri.

Segala coretan disini adalah ikhlas dtg dari kacamata hati aku. Oh ya, ader juga yg tanyer sama ader cerita yg aku lampirkan tu kisah benar ke??

Wahh...soklan cepumas nie...hehe! Cerita2 disini adalah kisah benar dan betol terjadi disekeliling aku dan juga pada diri aku. Tapi ader orang kater aku tulis mcm 'crypto language' jer, tak paham langsung! Ehehehe...ya, mmg banyak secret codes kat sini. Pepandai ler korang decrypt setiap 'Da Vinci' code aku tuu...huhu!

Kini, Belachan Tumbuk telah sampai kemuncak dan akan melaboh tirai buat selama-lama nyer.

Dengan akhir kater, semoga kiter berjumpa di lain waktu dan kesempatan, jaga diri korang baik2 okey. Jgn nakal2 dgn kawan2. Hormat ibu bapa dan jgn sesekali lupa siapa diri kiter ini. Kalo ader duit lebih tu, jgn lupa sedekah kat masjid.

Sehingga dari itu, salam perpisahan dari aku....Wassalam.


*Hint: Aku nak gie kedai. Aku nak beli 10 tin sardin...heh!

Sunday, June 29, 2008

I will cheer for Germany!

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan sentiasa sokong pasukan Germany.


Memang sejak dari zaman 80an dulu, Germany adalah pasukan kegemaran ku. Kalau nak dibandingkan dgn England, Germany tak ada ramai bintang-bintang yang termahsyur. Infact, ramai pemain pasukan Germany hanya bermain di Bundesliga sahaja. Hanya dua-tiga orang pemain yg bermain di liga negara-negara Eropah.

Kalo time skolah dulu, aku lebih banyak menghabiskan masa membaca buku-buku teknik bermain bolasepak oleh Berti Vogts, salah seorang pemain legenda dari German. Dari situ ler aku cuba mempraktikan aper yg telah aku pelajari dari buku-buku beliau.

Tapi apa sebab nya aku sokong pasukan Germany sekian lama? Sejak dari dulu Germany bermain sebagai satu pasukan dan bukan individu. Ianya lebih focus kepada technical football. Sebab itu German bukan dikenali kerana pemain-pemain individunya yang "hensem-hensem", tetapi lebih kepada teknik berpasukan dan teamwork.

Pemain Germany yg paling aku kagumi sejak dulu ialah Pierre Littbarski. Walaupon memiliki tubuh badan yg kecil, tapi skill dan gerak lincahnya memang hebat. Beliau lah merupakan pemain midfield dan tunjak kekuatan jentera tengah pasukan German ketika itu. Walaupon beliau telah bersara dari arena bolasepak, sehingga kini, belom ader pemain German yg boleh menandingi kehebatan beliau.

Malam ini, Germany akan bertemu Spain dipusingan akhir piala Euro2oo8. Dlm kejohanan tahun ini, Spain telah menunjukan prestasi yg tinggi dan memang layak digelar juara. Walaupon German tidak menunjukkan pemainan yg konsisten, tetapi pasukan German mempunyai semangat juang yg tinggi dan bukan senang utk dikalahkan oleh mana-mana pasukan.

Walaupon pasukan Spain handal, aku tetap akan sokong Germany 100%!! May the best team wins!
ps : Tu pasal favourite kaler blog aku warna hitam & putih...eheheh!