Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

Aku score 1 goal...1 ajer!

"Wahh...hari nie kao ader form lahh. Terror ahh kao main bola hari nie..!" kawan aku tepok-tepok tangan dia mcm baby baru dpt gula-gula.


Alaaa...baru 1 goal jer aku score. Blom nampak aku buat bicycle kick lagii..tu nanti next game aku tunjuk skill-skill karat aku...hahaha!

Semalam main bola gerekk walopon lengit pasal kena main bola 2 jam non-stop. Ramai yg bubble tak datang semalam. Yg hadir cuma 12 org jer. So kiter form 2 teams lawan each other. Dulu masa aku main utk Liverpool pon tak ler sampai 120mins...bole bawak maut siak kalo mcm nie selalu.

Bila aku dpt bola, musti opponent takik kaki aku. Sampai tergolek-golek aku jatuh depan goal post. Aku tahu, aku nie lincah sangat. Dia org takot aku score banyak2. Tapi takpe..yg penting semangat kesukanan aku memang tinggi.

Aku jatuh tertonggeng depan goal post pasal opponent dengki tak kasi aku score...

Hari nie perot aku cramp lak. Rasa mcm nak kluar six-pack muscle jer. Aku rasa kalo aku teruskan main bola utk 2-3 tahun akan dtg, musti badan aku muscular balik..hahaha..(mcm real jek!)

Ok, aku nak tuam air panas kat kaki. Kaki aku tengah bengkak nie...huhu.

ps: Aku dedicate goal aku score smlm utk nisha - Thx for not throwing me bottles! hahaha..

Sunday, June 29, 2008

I will cheer for Germany!

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan sentiasa sokong pasukan Germany.


Memang sejak dari zaman 80an dulu, Germany adalah pasukan kegemaran ku. Kalau nak dibandingkan dgn England, Germany tak ada ramai bintang-bintang yang termahsyur. Infact, ramai pemain pasukan Germany hanya bermain di Bundesliga sahaja. Hanya dua-tiga orang pemain yg bermain di liga negara-negara Eropah.

Kalo time skolah dulu, aku lebih banyak menghabiskan masa membaca buku-buku teknik bermain bolasepak oleh Berti Vogts, salah seorang pemain legenda dari German. Dari situ ler aku cuba mempraktikan aper yg telah aku pelajari dari buku-buku beliau.

Tapi apa sebab nya aku sokong pasukan Germany sekian lama? Sejak dari dulu Germany bermain sebagai satu pasukan dan bukan individu. Ianya lebih focus kepada technical football. Sebab itu German bukan dikenali kerana pemain-pemain individunya yang "hensem-hensem", tetapi lebih kepada teknik berpasukan dan teamwork.

Pemain Germany yg paling aku kagumi sejak dulu ialah Pierre Littbarski. Walaupon memiliki tubuh badan yg kecil, tapi skill dan gerak lincahnya memang hebat. Beliau lah merupakan pemain midfield dan tunjak kekuatan jentera tengah pasukan German ketika itu. Walaupon beliau telah bersara dari arena bolasepak, sehingga kini, belom ader pemain German yg boleh menandingi kehebatan beliau.

Malam ini, Germany akan bertemu Spain dipusingan akhir piala Euro2oo8. Dlm kejohanan tahun ini, Spain telah menunjukan prestasi yg tinggi dan memang layak digelar juara. Walaupon German tidak menunjukkan pemainan yg konsisten, tetapi pasukan German mempunyai semangat juang yg tinggi dan bukan senang utk dikalahkan oleh mana-mana pasukan.

Walaupon pasukan Spain handal, aku tetap akan sokong Germany 100%!! May the best team wins!
ps : Tu pasal favourite kaler blog aku warna hitam & putih...eheheh!

Sunday, June 08, 2008

Makan Bola, Tido Bola...




Cabaran untuk menahan ngantuk telah bermula...!!!


Pasukan bolasepak yang aku sokong, Team Germany!!!
Oleh kerana tahun-tahun yg lepas dia orang kasi chance kat pasukan lain, tahun ni mesti dia orang angkat juara nyer!


Terimakasih TV3, NTV7 & TV9 - You all are the BEST!

http://www.tv3.com.my/euro2008/