Monday, July 14, 2008

Apa itu kasih dan apa itu cinta?

Aku mendapat SMS dari S. Dia kater, she just broke up dgn bf. Apa yg sebenar terjadi, aku kurang pasti lak.

Dia mintak nasihat apa sepatutnya dia buat lepas break-up. Susah jugak nak kasi nasihat kalo aku sendiri tak tahu aper sebenarnya berlaku.

Quote:

S: Salam...Hye zue. I need ur advice..ape y i should do afte broke up...its make me sick..

Aku: hmmm....alaa kecianyer. U shudn't get involve in any relationship at the moment. accept the reality and move on. Maybe lets rethink wat u can improve abt urself. Always be positive and there's always someone out there who will love you. :)


S: Thanks..xdela dl dia y ngorat gle2...he said dia stil luv me but dia ada big problem n xnk i involve about his problem...dia suruh blaja btl2. then he said im 2 young 2 think abt d' problem..so dia tarik diri coz rsa dia xdpt hapykn i...u ada idea x nk lepaskan geram...

Aku: Maybe niat dia baik. Tak nak disturb ur studies. Tak guna lah kiter ikot emosi sgt atau simpan dendam dlm hal mcm nie. Terimalah maaf dia. Kerana kemaafan itu dendam yg terindah. :)

End quote.

---------------------------------------------------------------------------------

Jom, mari aku kongsi sikit pengalaman aku dalam topik percintaan....

Apa itu kasih dan apa itu cinta?

Kasih itu terbahagi kepada; perasaan sayang, simpati, tanggungjawab dan prihatin terhadap seseorang. Tidak kira kasih pada ibu-bapa, sahabat handai atau sesama insan yg lain.

Dari perasaan kasih itulah, maka berputiknya bibit-bibit cinta.

Cinta itu terbit dari naluri dan jiwa. Ianya tidak boleh dipaksa atau memaksa. Cinta itu akan datang dgn sendiri apabila keserasian 2 jiwa sudah sebati.

Kenapa cinta tidak selalunya kekal?

Cinta mengandungi beberapa element. Perasaan, jiwa, keserasian, perwatakan, naluri (instinct) dan chemistry.

Apabila kurangnya sesuatu element tersebut, maka perasaan cinta itu akan mula pudar. Jika ianya dibiarkan dan tidak dibelai dgn kasih dan sayang, maka padamlah api cinta itu.

Cinta pun ada formula?

Dalam percintaan kita memerlukan; kefahaman, ketulusan, keikhlasan, kejujuran dan kepercayaan. Itulah formula cinta yg ideal.

Kenapa seks tidak diselitkan didalam formula cinta juga?

Itu bukan cinta...itu nafsu, bodoh!

Bilakah masa yg sesuai utk kita bercinta?

Setelah kita berjaya mencintai dan mengenali diri kita sendiri.

Seronok tak bercinta?

Cinta memang indah, tetapi ianya memerlukan pengorbanan yg amat dahsyat! (seronok ke tu?? )

Kalo I kater, I dah jatuh cinta dgn you?

Sorry, nie dah out of topik, okey... Tamat.

Oh ya! Ader lagi satu perkara yang aku ingin ingatkan kepada para pencinta. Jika anda mencintai seseorang itu, biarlah ianya berlandaskan kasih dan bukan simpati.

ps: Aku tujukan lagu ini kepada semua insan yang sedang bercinta, yang baru putus cinta dan yang akan bercinta lagi. (Aku soka lagu nih!!)