Saturday, May 30, 2009

Projek Rentak

Minggu nie kira rabak jugak ahh. Ader ler brapa hari yg lalu aku tak sempat nak tido terus.

Ini sumer gara2 si Fangface nak sangat masok pertandingan lagu Projek Rentak anjuran Radio Warna 94.2, Ria 89.7 & Compass tuu..

Maka terpaksa ler aku berperah otak mencipta lirik lagu yg bakal kami pertandingkan. Melody lagu tu memang lama telah disiapkan. Malahan sejak bulan Marc lalu, dia dah kasi music score dan suruh aku buatkan lirik.

Tapi, paham2 ajer lah...aku nie teramat ler busy sampai takde masa nak dok mendengar lagu tu. Buat lirik lagu nie bukan senang oii..Nak kena waktu mlm sunyi baru ilham dtg. Sebab tu skrg waktu mlm aku jarang tido. Nak tunggu ilham datang bergolek (kononnyer lerr tu...)

Cara aku cipta lirik lagu...

Memula aku nak kena dgr irama minus one lagu berkenaan. Serasikan melodi dlm jiwa supaya dpt tangkap mood. Pastu bayangkan sebuah cerita bagi lagu tuu.

Kisah sedih ke, kisah putus cinta ke, kisah perjuangan ke, kisah kena sawan ke, kisah kena lottery ke...ntah apa-apa lahh. Bila gambaran tu dah dpt, then baru mula lah buat senikata.

Pastu, nak kena sepadankan dgn lenggok irama. Ader lirik tak ngam dgn bunyi lagu. So, nak kena ubah suai susun kata supaya 'fit' dgn melodi lagu. Nak kena pandai bermain dgn bahasa dan kekata seiras. Habis sumer Dewan Kamus aku bongkar kluar dari laci.

Lagu untuk pertandingan...

Tapi, lagu yg bakal kita tandingkan nie, sebenarnya sebuah lagu Inggeris kami, yang bertajuk 'Silent Whisper'. Lagu dan lirik omputih diciptakan oleh Fangface sendiri.

Oleh kerana kesuntukan masa, kerana tarikh tutop hantar borang penyertaan ialah pada 12 June 2009 ini. Kita ader lebih kurang 2 minggu lagi utk siapkan demo lagu tuu.

Maka lagu yg dah sedia ader, kami gunakan dulu. Tapi pertandingan nie utk lagu melayu jekk. So, aku terpaksa ler buat lirik lagu melayu.

Hehehe...korang ingat senang ke? Bahasa melayu aku nie dah lama berkarat. Kalo dulu waktu sekolah tu, bahasa melayu aku bole lah selalu dpt A1. Tapi skrg....huhu. jgn ler kao tanyer lagi. Kao tgk jer blog yg aku tulis nie. Spelling pon hancur berterabuh!

Aku ambil masa 2 hari utk siapkan lirik lagu tu dan 1 hari lagi utk masuk kan vokal. Aku kena buat vocal recording sendiri dlm bilik aku, pasal tak sempat nak masok studio. Fangface request aku nyanyi lagu nie utk pertandingan. Nak try dgr sesuai tak dgn melody, cerita dan genre lagu kami.

Track mastering...

Fuhh...buat mastering nie bukan kejer senang derr..Baru aku tahu kenapa penerbit album kekadang makan 1-2 tahun baru album siap. Lengitttt dokkk! Nak tgk bola Man Utd lwn Barcelona pon tak sempat tu hari...

Pasal satu lagu nie, aku kena nyanyi nak dekat 30 kali untk 2 malam. Pastu, mixing dgn track. Lepas tu edit aper2 yg patut. Tambah FX supaya lagu ader effects sikit. Pastu control mixer balance. Timing lagu, kawal volume...bla..bla...bla..



Cool Edit Pro Ver2

Utk recording dan mixing, aku pakai softwar Cool Edit Pro Ver2. Kire software yg paling simple dan senang utk buat nie. Terkial-kial jugak ler belajar dan explore mcm mana nak jadi sound engineer.

Akhirnya, selpas 3 hari, 3 mlm, lagu tu pon siap. Aku dah convert to mp3 dan pass kepda budak2 band aku. Aku nak suruh dia dgr dan comment sikit. Mungkin during post production nanti musti tukar lagi...lerrr.

"Merenung ke ufuk, kearah langit jauh. Ku lihat mega hitam menghilang..." - Lirik lagu aku cipta.

Ok, nanti aku update lagi perkembangan projek rentak ini di dalam blog aku yg terbaru akan datang. *hint*