Sunday, July 06, 2008

We will, we will...ROCK YOU!

Hari Jumaat lepas, aku gie jamming. Agak dah lama jugak tak berkumpol dgn members lama.

Cuma haritu, si Din ajer yg takde. Dia baru jer habis buat operation perot. Rabu lepas tu sempat jugak aku jengok dia kat hospital. So far, dia ok ler. Cuma doktor nasihatkan dia berehat 2 minggu kat umah.

Agak pincang sikit ler tu hari pasal kurang 1 member. Mujur si Ederis sudi datang jadi back-up vokal. Terasa jugak kehilangan Din bila kita main lagu 70an - Oh Bunga Mawar (versi heavy metal). Tu ler lagu favourite dia.

Mcm biasa ler kiter jamming lagu2 rock otai. Cuma ader 2-3 lagu kiter tak sempat nak bawak, lagu Loudness dgn Deep Purple. Next jamming maybe nak try bawak balik lagu Metallica, Fade To Black. Oh ya, lagu Rockers, Memori, pon tak sempat nak main gak.

Kekadang, bawak lagu rock lama2 nie gerek. Aku mcm tak minat lah nak bawak lagu2 new-age metal skarang. Jiwa aku tak begitu serasi ler dgn lagu2 tu. Bukan nyer aku tak suka, tapi mood tu susah nak dtg bila main lagu2 baru nie. Rock lama2 nie ader keunikkan nyer. Walaopon chord dia sempoi jek, tapi irama dia melekat di kalbu weiii..

So mlm tu kiter dendangkan satu lagu tribute utk WakDin. Kiter tujukan lagu "Kenangan Bersamamu" (Lefthanded). Semoga dia beransur pulih dan akan bersama kiter lagi pada jamming session yg akan datang.

Rock terus rock!