Wednesday, July 02, 2008

Jumpa kat McDonald...

Lunchtime tadi aku menerima pesanan SMS.

"Zue, we mt at macD ard 1245. I'm sitting at mac, alfresco."

So, aku jalan ler menuju ke tempat yg telah dijanjikan for the 'lunch date'. Last week, Lina memang dah janji nak jumpa aku. Cuma masa dan tempat belom ditentukan. Aku kurang pasti sama ada aku masih mengecam wajahnya ataupon tidak. Maklum ler dah hampir 4 tahun aku tak ketemui beliau.

Kali terakhir aku bertemu Lina pada tahun 2004. Ketika itu, Sharlene yg mendesak kiter pegi 'double-date' makan malam kat East Coast lagoon. Aku, Spidey, Sharlene & Lina akhirnya bersetuju untuk bertemu.

It was a nice get-together, since we have not been keeping in touch with each other for quite sometimes.

Aku masih teringat time kami outing ke Melaka beberapa tahun sebelum tu. Kami ke sana 3 hari 2 mlm. Diantara 6 org tu, Lina ler yg sorang pompuan, selepas Sharlene back out pada last minit.(Pasal bapak dia tak kasi pegi..heh!)

Memula risau jugak ahh..Dia sorang jer anak dara diantara 5 hero nie. Takut apa2 terjadi nanti, mak bapak dia jugak nanti salahkan kami. At least, kalo Sharlene ikot, ader jugak dia berteman dalam bilik hotel tu. Since sumer accomadation dan transport kiter dah booked siang2, susah jugak nak cancel pada saat2 terakhir tu. But Lina tak peduli nak ikut jugak. So kiter nekad jer pegi.

Ketika kami di Melaka tu, ader ler citer yg tak dapat aku lupa kan. Waktu mlm tu kiter berkumpul dlm bilik hotel aku dok citer pasal hantu-hantu. Masing-masing contribute ler citer-citer seram yg pernah didengar atau ditempuhi. Kira segala mcm hantu ler kiter layan gossip mlm tu. At last, sumer takut nak tidor kat bilik masing-masing. Lina lak nak share tidor sebilik ngan kami pasal takut tidor sorang...isshh!

Nasib baik ler pintu tengah antara 2 bilik kami tu bole dibuka. So, kiter paksa ler si Lina masok bilik dia tidor dan kami yg hero2 nie tidor kat bilik sebelah dgn pintu tengah bilik terbuka luas.

"Kalo ader apa-apa jerit jer tau!" pesan Spidey kepada Lina.

Yg buat aku terperanjat that time, bila ternampak muka Lina putih melepak. Terkejut berok jap aku dibuatnya! Aku ingat momok mana ler dok atas katil tu. Rupanya si Lina sapu muka dia dgn bedak sejuk sblm tidor..hahaha!

"Apalah sapu muka sampai putih mcm gitu?? Kalo ada yg lemah semangat, memang dah kena heart attack ler!"

Lagi kisah lucu bila terperasan Lina tido bawak bantal busuk dia yg cute tu..wahahaha!

"Kalo mlm takde bantal busuk, I takleh tido!" kata Lina sambil tersipu-sipu lalu menyorok bantalnya tu bawah selimut. Bantal busuk dia tu kecil jer. Lepas tu disimpan dlm sarung beg, so org lain tak akan ternampak.

Kini, dah bertahun sudah kisah tu berlalu. Lina yg dulu remaja, kini dah matang meningkat dewasa.

Semasa aku sampai di McDonald tadi, sorang gadis yg bertudung ayu menyapa aku. Wajah Lina tak berubah mcm dulu jugak.

Aku tersenyum bertanyakan khabar, "...dah lama tunggu ek?"

"Tak ahh, baru jer sampai. You dah makan?" Lina sambil mempelawa french fries.

"I'll be having lunch later with a friend. Just had my late breakfast tadi." jawab aku kembali.

"So, mana kad? Geng lain you dah kasi ke belom?" tanya aku lagi.

"I've lost contact with most of the guys. Spidey nyer kad, I dah post to him. Only yours I wanted to give personally..." sambil dia menghulurkan kad undangan yg bersampul merah.

"Oh terimakasih. Next time post ajer lah. Kenapa susah kan diri dtg jauh-jauh jumpa I?"

"Ahh..tak kisah. Lagi pon dah lama tak jumpa, kan? I pon nak cari barang sikit kat sini." sampuk Lina kembali.

"Datang tau on 27th July nie."

"Insya-Allah. I shall come kalo takde halangan." balas aku kepadanya sambil membuka sampul kad walimatul-urus itu.

Oleh kerana dah lama tak jumpa, sempat jugak kami berborak tentang kawan2 yg lain. Aku pon kepoh gie korek ler rahsia bagaimana dia berkenalan dgn bakal suaminya tu..heh! Diam tak diam, 45 min sudah berlalu. Kawan sepejabat aku dah SMS ajak gie makan. So, dari situ kami pon bersurai.

Aku turut gembira, setelah sekian lama, akhirnya ketemu juga Lina pada jodoh yg telah ditetapkan itu.

Aku mendoakan, semoga jodoh dan cinta beliau ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Amin.

ps: Setiap insan telah ditetapkan pasangan hidupnya. Oleh itu, usahlah engkau risau pada jodoh pertemuan, kerana itu tugas Tuhan yg Maha Esa.