Sunday, June 29, 2008

I will cheer for Germany!

Seperti tahun-tahun yang lepas, aku akan sentiasa sokong pasukan Germany.


Memang sejak dari zaman 80an dulu, Germany adalah pasukan kegemaran ku. Kalau nak dibandingkan dgn England, Germany tak ada ramai bintang-bintang yang termahsyur. Infact, ramai pemain pasukan Germany hanya bermain di Bundesliga sahaja. Hanya dua-tiga orang pemain yg bermain di liga negara-negara Eropah.

Kalo time skolah dulu, aku lebih banyak menghabiskan masa membaca buku-buku teknik bermain bolasepak oleh Berti Vogts, salah seorang pemain legenda dari German. Dari situ ler aku cuba mempraktikan aper yg telah aku pelajari dari buku-buku beliau.

Tapi apa sebab nya aku sokong pasukan Germany sekian lama? Sejak dari dulu Germany bermain sebagai satu pasukan dan bukan individu. Ianya lebih focus kepada technical football. Sebab itu German bukan dikenali kerana pemain-pemain individunya yang "hensem-hensem", tetapi lebih kepada teknik berpasukan dan teamwork.

Pemain Germany yg paling aku kagumi sejak dulu ialah Pierre Littbarski. Walaupon memiliki tubuh badan yg kecil, tapi skill dan gerak lincahnya memang hebat. Beliau lah merupakan pemain midfield dan tunjak kekuatan jentera tengah pasukan German ketika itu. Walaupon beliau telah bersara dari arena bolasepak, sehingga kini, belom ader pemain German yg boleh menandingi kehebatan beliau.

Malam ini, Germany akan bertemu Spain dipusingan akhir piala Euro2oo8. Dlm kejohanan tahun ini, Spain telah menunjukan prestasi yg tinggi dan memang layak digelar juara. Walaupon German tidak menunjukkan pemainan yg konsisten, tetapi pasukan German mempunyai semangat juang yg tinggi dan bukan senang utk dikalahkan oleh mana-mana pasukan.

Walaupon pasukan Spain handal, aku tetap akan sokong Germany 100%!! May the best team wins!
ps : Tu pasal favourite kaler blog aku warna hitam & putih...eheheh!