Tuesday, May 05, 2009

Maafkan aku...

Waktu: 6.35pm

Talipon kantor ku berdering lagi. Aku masih sibuk bergelumang dgn kerja-kerja di pejabat. Aku mengangkat ganggang.

"Hello? Assalamualaikum, Abang ke tu?" kedengaran suara lembut dari corong talipon. Aku menyambut salam beliau. Suara yg telah sekian lama tidak kedengaran.

Bermulalah sesi perbualan antara aku dan dia. Bertanyakan khabar berita dan keadaan masing-masing. Suaranya tetap ceria seperti dulu. Beliau meneruskan perbualan menceritakan hal-hal hidup yang beliau lalui.

Hingga ke satu tahap, beliau melafazkan sesuatu kepada aku. Apakah aku masih lagi mengingati diri beliau. Agak pincang utk aku memjawab pertanyaan itu. Ianya akan menyentuh perihal hati dan perasaan sekali lagi. Aku cuba mengelakan diri ini dari menyentuh pertanyaan-pertanyaan sedemikian. Ternyata beliau masih tidak mampu melupakan diriku ini, walaupon setelah 3 bulan lamanya.

Tanggapan ku tenyata benar. Dia masih mengharapkan balasan kasih dari aku. Tiada lelaki lain yg dpt bertahta dihatinya. Hatinya itu masih diperuntukan kepada diriku seorang. Aku masih tertanya-tanya mengapakah diriku ini begitu istimewa untuknya?

Maafkan aku. Sekali lagi aku tidak terdaya utk menerima cinta mu. Terimakasih kerana memuji diriku selama ini. Biarlah kita hanya menjadi sahabat yg setia.

Waktu: 7.40pm

Aku meletakan ganggang talipon. Tangisannya dihujung talian masih kedengaran lagi.