Monday, April 27, 2009

Dark Secrets...

Aku mendapat tahu banyak rahsia-rahsia yg tidak sepatutnya aku ambil tau....huhu!

Aku nie jenis tak suka ler jaga tepi kain org. Lagipon apa faedahnya amik tahu hal peribadi orang yg takde kena mengena dgn diri aku nie.

Tapi, apakan daya? Rahsia-rahsia nie dikongsi dgn aku secara indirectly dan discreetly. Setiap kali aku cuba mengelak dari ambil tahu, selagi itu banyak rahsia lagi terbongkar depan aku. Aku seperti dah tak tahu mcm mana nak menepis benda-benda nie.

Secara semula jadi, aku memang ler pendiam dan tak banyak bobal. Kerana itu ler org suka sangat bilang rahsia kat aku...ishh! Susah jugak mcm nie ek? Sesak dada aku menyimpan rahsia-rahsia orang...

Apa kao rasa kalo 'dark secrets' kao, org lain dapat tahu?? Tapi sumer org mempunyai rahsia peribadi. Betol tak?? Tapi tu hak mereka. Aper mereka nak buat, mereka nyer pasal. Aku tak nak amik tahu 1 pon.

Yg hal lagi satu lak, org suka tanyer hal peribadi aku. Interesting sangat ke diri aku nie? Bukan aku lokek tentang hal diri ini. Tapi, semakin aku kongsi, semakin banyak mereka bertanyakan. Aku tak suka ahh buka pekong sendiri...pasal aku nie memang banyak pekong. (Aper tu pekong?? Aku pon tak tahu...hahaha!)

One secret will lead to another secret. Seboleh-bolehnya aku takmo bilang banyak tentang diri aku. Kalo aku bilang pon, hanya samar-samar jer dan tak secara terang-terangan. Pepandai ler korang figure out sendiri.

Aku cuma kongsi aper yg aku patut dikongsi tentang diri aku. Kalo aku tak bilang apa-apa, maka ianya bermaksud utk disimpan menjadi satu rahsia peribadi. I will only tell IF I want to. If it's not meant to be told, than it's a total secret. Don't ask a bit more.

"Knowing too much, kills a relationship" - Aku petik dari kekata Sharina dulu. Memang ader benar ler apa maksudnya tu. Makin banyak rahsia aku dpt tahu, sedikit sebanyak akan menjejaskan perhubungan antara aku dan tuan punya diri tu..

So, aper harus aku buat kalo org tetiba bilang aku sesuatu rahsia??

Biarlah rahsia...





ps: Rahsia mu, rahsia ku juga.