Saturday, February 14, 2009

Hari Kekasih...


Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata, tetapi apa yg lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan kerana perasaan menyayangi itu boleh datang & pergi begitu saja..cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir.

Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya..kekasih terbaik adalah sahabat terhebat..

Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta. Jangan terlalu mengikut kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka & terus-menerus menangis merenungi rasa sakit itu.

Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya kerana salah seorang di antara kamu pasti akn memberikan lebih & seorang lagi kurang.

Ketika kamu mencintai seseorang, janganlah mengharapkan balasan. Jika kamu memikirkan hal tersebut, kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharap sesuatu.

Cintailah seseorang seperti sungai yg akan mengalir selamanya kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, bunga akan mati saat musim berganti.

Saat mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan..bukan cinta andainya ianya hanya membahagiakan.

Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yg tidak dikatakan & mengerti apa yang tidak dijelaskan kerana cinta tidak datang dari mulut & lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi lahir dari hati yg paling dalam....

Thank you Wawa for letting me share this beautiful note of yours. :-)

ps: Kepada yg mempunyai kekasih, hargailah kasih sayangnya yang telah diberikan padamu. Kepada yg blom mempuyai kekasih, sayangilah dirimu dahulu sebelom menyayangi insan yang lain...