Tuesday, August 05, 2008

Hari minggu di Kuala Lumpur

Last weekend aku turun KL. Kebetulan members ajak kesana kerana ader urusan bisnes sikit. Aku gie KL saja jer nak merayap. Lagi pon dah lama tak turun KL. Last aku jejak kaki di KL pada 2 tahun yg lepas. Tu pon pasal ader kenduri kahwin kat Putrajaya.

Kita dok kat Hotel Imperial, Jln Sultan Ismail. Bole tahan ler hotel tu. Sekadar untuk nak melelapkan mata waktu malam. Yang bestnyer time aku tido malam, dari tingkap bilik aku bole nampak Menara Kuala Lumpur...perghh..cantik dahh!


Masa kat KL, member aku ajak naik monorail. Itulah kali pertama aku jejak kaki naik monorail. Macam orang gayat pon ader. Hotel kami berdekatan dgn stesen Medan Tuanku. Kita naik monorail menuju ke stesen Bukit Bintang. Masa dlm monorail tu, ader ler sekumpulan aweks-aweks yg jadi jurupandu yg tak rasmi utk kiter. Setiap kali monorail berhenti, mereka sebutkan nama stesen untuk kiter. Aku rasa mereka tahu kiter nie bukan orang KL. Maklom ler, muka kiter mcm orang gayat! Aku rasa naik monorail lebih senang dari bawak keter. Bila aku driving kat KL confirm mesti sesat nyer. Kalo dah terlajak simpang tu, mak aii..menangis nak cari u-turn. Dah ler tu, jalan kat KL tu sentiasa sesak derr...


Kita makan tengah hari kat Bintang Walk. Lepas tu singgah jap ke BB Plaza. Penuh manusia kat situ. Aku nie bukan suka sangat gie shopping. Lagi pon takde benda yang aku nak cari kat sana.

Lepas 1 jam ronda kat BB Plaza, si Rizan ajak kiter membetis gie Petaling Street. Perrgghh....jenuh lutut dibuatnya. Masok lorong sini, kluar lorong sana...ntah brapa banyak lorong kiter dah tembus. Akhirnya sampai jugak kat Petaling Street.

Petaling Street dah tak macam 10 tahun dulu ler. Ramai peniaga asing kat situ. Yang dari Myanmar, Nepal, Bangla...etc. Harga barang, mak aiii...punyer ler mahal!! Satu jaket bukak harga sampai RM75!! Lepas tu tawar sampai RM30..lepas tu kiter tak nak beli...haha!!
Aku rasa PS dah tak best lagi ler. Mungkin dah terlampau ramai pelancong asing kat situ. Dari India, Timur Tengah, Spore, Jepon, China..sebab tu harga dah tak semurah dulu. Aku sekadar beli bag haversack jek. Tuu pon kawan aku suruh beli beg utk isi baju-baju yg dia beli. Harga kononya RM55. Aku tawar mintak sampai RM20. At last dpt ler harga RM25 utk satu beg.

Bersambung...