Tuesday, July 22, 2008

Pertemuan yang tak disangka...

Pagi tadi aku attend seminar kat 250 North Bridge Road. Lepas T-break, aku dok ler bobal dgn si Zaini dan Baharudin dalam auditorium tu sambil menunggu 2nd part of the seminar tu.

Lepas tu ader ler mamat sorang nie yg dok kat depan kiter sorang-sorang.

Aku mcm pernah nampak muka si mamat nie...tapi dimana ye?? Lepas tu ader ler dia tersenyum sorang-sorang sambil pasang telinga dengar aper yg kiter bobal. Oleh kerana aku nie peramah sangat, aku pon saper ler dia tu.

"Eh, your face looks familiar lah..But can't recall where have I seen you." Dia agak terpinga-pinga bila aku menerpa. Si Zaini dan Baharudin dah tergelak ketawa.

"Kao tak kenal ke dia tu? Dia kan artist..." sampuk si Zaini sambil tersipu-sipu. Aku pon hulur tangan berjabat salam dgn si mamat tu sambil terpikir mana aku dah nampak muka dia nie.

"Kao tgk Anugerah Band tak? Dia lah pemain bass guitar kumpulan X-Tech!" ujar si Baharudin. Tergamam aku dibuatnya. Mamat tu tersengih-sengih malu.

"Heh, agaknya ler tuu.." kata dia. Fikir punya fikir, baru aku teringat muka dia tu dlm Anugerah Band kat TV baru-baru nie.

"Lahhh...padan ler muka mcm pernah nampak...tapi aku lupa katne." sampuk aku mcm tak sangka jumpa artis popular masa attend seminar nie.

Nama dia Halim Slamat, seorang pegawai disebuah badan kerajaan, yang minta dirahsiakan. So, tadi dia diundang menjadi speaker for the seminar tu.

Sempat ler aku interview kejap aper perkembangan kumpulan rock X-Tech selapas tamatnya Anugerah Band? Dia kater ader ler local label yg dah offer dia org kontrak. But tunggu ler lagi 3-4 bulan sebelum X-Tech bole sign documents. Nie sumer memang dah tertakluk awal-awal lagi time agreement dgn Suria.

"Masa time Anugerah tu, habis cuti aku pakai buat practise for this competition. Nasib baik management tak tahu. Cuma kenalan rapat jer yg tahu aku ader masok realiti show nie." jelas si Halim lagi.

Aku tak sempat nak amik gambar atau mintak otograph dia pasal seminar dah nak dimulakan sebentar lagi. Sebelum balik, aku sempat ucap tahniah kepada dia utk kumpulan X-Tech, walopun dia org tewas dlm pertandingan tu.

Memang tak bole di nafikan X-Tech kumpulan rock yg hebat. Aku bole jangkakan nie bukan kali terakhir yang aku akan mendengar nama kumpulan X-Tech.

"Eh, thanks a lot pasal you all sokong X-Tech." kater si Halim lagi.

"No problemo brader! Yang baik kami akan tetap sokong," balas aku sebelum meninggalkan auditorium selepas berakhirnya seminar tadi. (Masa tu, si Halim tengah dikerumuni auntie-auntie yg mintak tunjuk ajar mcm mana nak buat Road Plan submission...hint*hint*)


Lagu Search - Isi dan Kulit versi X-Tech (metal)

ps: Halim X-Tech pesan terimakasih kepada mereka yg sudi menyokong X-Tech di dalam Anugerah Band yang lalu.