Tuesday, June 17, 2008

Kenaikan 41% harga minyak melampau bagi yg kurang mampu...

Dengan kurangnya subsidi, sekaligus harga minyak telah meningkat 41% dari harga asal.

Kalo dulu aku hanya membayar RM90++, kini kalo aku pump minyak kat Petronas belakang umah aku, rata-rata harga yg harus aku bayar lebih kurang RM150 utk full tank.

Semasa aku angkat, cucuk & picit, mata aku tak telepas melihat angka-angka yg berputar di mesin pump. Kekadang rasa semput jugak biler melihat jumlah harga bagi setiap liter minyak yg aku isi dalam 'private jet' aku tu.

Yg teramat aku terasa sekali apabila terkenangkan nasib saudara mara tinggal di pendalaman kat kampong tu. Dgn hasil niaga tani yg tak seberapa, dapat ke mereka menampong kos minyak yg begitu tinggi sekali? Dah tentu peniaga runcit akan menaikan harga barang. Tak secara langsung harga barang seharian yg lain juga akan naik. Walaupon kerajaan telah memberikan rebat, tapi adakah tindakan itu dapat menjamin yg harga barang lain tidak akan dinaikkan? Ini lebih membebankan rakyat. Adakah kehilangan subsidi ini disebabkan rakyat tak sokong BN?? Hmmm....

Kalo dilihat dari mata kasar, setiap peniaga harus bertindak mengikut arus perubahan. To sustain buisness activities, a businessman has to be able to project their profit margins in the next few months. A more high risk business ventures may need to foresee business sustainability in the next couple of years ahead.

So, therefore with the current unpredictable climate, no business owner is willing to take a loss in their takings and hence, a price hike is unavoidable.

Aku faham benor ler kenapa rakyat dah buat demonstrasi. Yg aku hairan, kenapa kerajaan bole membuat keputusan begitu mendadak tanpa memikirkan kepentingan rakyat sendiri. Adakah banyak kajian2 yg telah dilakukan? Is the 41%, a last resort to stop a failing economy? Kini rakyat mahukan transperancy dlm segla keputusan. Rakyat dah tak bodoh lagi. Kini segalanya menjadi lebih perit. Tak bole ke penghapusan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat? Cukup ke rebat yg telah diberikan kepada rakyat itu?

Katakan ler atok aku ader satu motor buruk. Motor buruk tu takde cukai jalan. Motor tu setakat dia bawak gie kebun ajer. So, mcm mana dia nak dapatkan rebat, sedangkan motor tu pon nak kena isi minyak jugak pada harga yg sama tinggi. Suruh dia tukar motor baru? Nak kena kuar duit brader...Suruh dia jgn pakai motor, gie kayuh basikal jer? Atok aku tu dah tua..kang sesak nafas kalo kayuh basikal naik bukit. Generator kat kampong aku pon kena tuang minyak jugak. So mcm mana nak dpt rebat?

Kerajaan kater, ubah cara hidup kiter. Jgn bawak keter/motor. Tukar kepada pengangkutan awam. Tapi adekah tahap mutu pengangkutan awam dah mencapai khidmat first class? Adakah perkhidmatan awam yg sedia ader bole menampong bilangan pengguna yg kian bertambah secara mendadak?

Kalo aku balik felda kat Tenggaro, mana ler aku nak cari bas masok kawasan pendalaman? Nak tak nak, aku tahan ler prebet sapu. Keter tu pon nak kena isi minyak jugak. Dah tentu harga tambang naik lagi mahal.

Aku lebih rela kalo subsidi minyak tu diberi kepada rakyat Malaysia saja. Kajian menyatakan rakyat Singapura tak kisah kalo tak diberi subsidi langsung. Ini kerana tukaran nilai wang mereka lebih tinggi dan tak secara langsung masih dapat menjimatkan perbelajaan mereka. So, takde issue lagi. Singapore kater go ahead naik kan harga minyak, tapi berikan subsidi pada rakyat Malaysia. Tapi kenapa kerajaan Malaysia buat dek aje dan tak mahu grab the chance untuk berbuat demikian? Tamak sangat pasal nak duit banyak-banyak cepat masok?

Ishhh...banyak perkera nak kena dikaji secara trperinci. Malaysia nie besar dan ramai jumlah penduduknya. Cuba fikirkan nasib mereka yg kurang berkemampuan. Adakah tindakan ini akan mejejas kualiti hidup mereka dan sumbangan mereka terhadap ekonomi negara? Seharusnya lebih banyak subsidi lain harus dipertimbangkan jika penghampusan subsidi minyak ingin diluluskan.

My gut feeling says 41% hike will not resolve any matters and the economy will still be affected in one way or another.

Kiter tengok ler keadaan sebulan-dua nie. Kalo harga sardin dlm tin naik, aku nak buat mogok lapar!

Related news: Edited on 23 June 2008
http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/355701/1/.html