Showing posts with label tribute. Show all posts
Showing posts with label tribute. Show all posts

Saturday, March 21, 2009

Terimakasih, Fai!


Comment aku di facebook:

"...Alamakkk Fai! Gua sungguh terharu dgn aper lu katakan kat sini derr..sebak dada sampai nak menitis kan airmata syahdu nie..huhu!

Walobagaimana pon, timakasih ler dgn penghormatan ringkas ini. Kao pon brader jugak. Abg Bob brader lain..haha (Sampai skrg dia tak kasi aku facebook dia!).."

Related blog : http://belachantumbuk.blogspot.com/2009/03/salute-to-fai-ironfist.html

Wednesday, March 18, 2009

Salute to Fai - IronFist

Rock Hantu...!!

Aku kenal dia cara tak sengaja, time minom kopi satu hari tu. Dia dtg nak pinjam lighter, bakar rokok dia.

Dari situ dia memperkenal kan diri dia, Faisall. Masa tu dia kejer kat kedai video berdekatan. Dari segi rupa dan pakaian, memang ler takde orang sangka dia nie kutu rock. Pakaian nak smart john-john jer. Oleh kerana aku nie muka sardin, mulalah aku ajak dia dok bobal.

Lama-lama, aku dgn dia dah jadi kawan. Kalo gie minom kopi, musti aku ajak dia skali join aku dan teman2. Yg gerek nyer dia nie, tak sombong. Sumer org dia tegur...hingga lah satu hari tu, aku dapat tahu rupanyer dia nie seorang rockstar dahhh...

Tetiba segan lak aku ngan dia. Yelah..aku pon minat rock jugak. Rock sana, rock sini, rock sinun. Tapi satu album pon aku tak ader. Si Fai ni lak, jarang bobal pasal rock ngan kiter. Tapi rupanyer dia nie guitarist utama kumpulan death metal IronFist dari S'pore. Peminat underground music kat KL dan Thailand mmg dah tahu saper dia nie...

Perrghh...dahsyat oiii. Rupanyer dia nyer rock lagi maut dahh..Tapi yg peliknya, dia nie low profile jer..Walao mcm mana punyer rock antu si dekni, tapi dia tetap bobal sopan-santun ngan kiter. Tu yg aku kagum kat dia. Tak mcm sesetengah mat rock tuu. Bobal nak step metal jer...tapi habok pon takde...hahaha!

Bebaru nie, kumpulan IronFist baru jer melancarkan album mereka bertajuk Weapon of Mass Sexxxstruction. Mereka ader jugak buat split album dgn satu lagi kumpulan death metal, Distrust dulu. Fuwahhh...aku respect betol ahh dgn dia orang nie. Kira dah bole produce dan jual album sendiri..

Baru ler aku tahu, rupanyer banyak lagi kumpulan2 death metal underground yg dah produced album sendiri. Cuma mereka nie tak diketengahkan kat mainstream. Yelahh..paham2 suah. Genre dia org nie bukan ramai yg minat sangat. Cuma org2 yg paham seni metal rock antu jer yg tahu...huhu.

Walo bagaimanapon aku ucapkan syabas kepada Fai dan IronFist yg telah berjaya melahirkan lagu2 ciptaan mereka sendiri. Semoga maju jaya dlm bidang ini.

Wa caya sama luu, Fai! Stay humble always..

Korang nak dgr lagu rock antu IronFist tak??...ahh click play button tu. (Jgn ngigau suahh)






Sunday, December 21, 2008

Ader orang kasi aku 'tribute'

asl enila nama ank ptg ted.d bear, yg adk namakan dari kiri yg ckelat 2a e2la nama abg, Yakni zuraini. manakala yg blah kanan yg warnanya agk trg ckt. E2la annuar. Sjak smlam pg gi. B.la adk angun je dari t.do adk trz greet mrka ngan ucpan helo, cmt pg bng, abg ber2 apa khbr? Keluarga smua c.hat?nan.t adk akn amek ted.d bear 2. N peluk2x ted.d bear 2..adk akn brckp n bermain ngan nya. So plz kip tiz pic aite.

ps: Okey lah...abg will keep tis picture lah. Thank you, adk :-)

Saturday, December 20, 2008

My childhood dream

Did you ever remember when someone deliberately asked you what your childhood dream was? Well, I did :-)

Cita-cita murni aku nak jadi seorang bus conductor. Aku tak heran kalo kawan-kawan aku sibuk nak jadi polis ke, askar ke, doctor ke, lawyer ke...tapi, aku tetap nak jadi seorang bus conductor jugak!

Zaman kanak-kanak ku

Dulu aku suka kompol ticket bas terpakai. Aku akan kutip ticket2 bus yang org buang kat kaki lima. Kira hobbie lerr time tu. Ticket bas dulu berwarna-warni, cantik dan disukai kanak-kanak. Aku rasa bahagia sekali kalo dpt collect ticket bas banyak2. Bila dah banyak, aku akan ajak kawan-kawan yg lain main 'bus-bus'. Yer lerr, zaman aku dulu mana ader PSP ke, Xbox ke...haha!

So, kami akan atur kerusi banyak-banyak buat mcm kerusi dlm bas tuh. Pastu separuh kawan aku akan play-act jadi 'passenger' bas. Salah sorang tu akan aku jadikan bus driver...dan aku sudah pasti akan menjadi 'bus conductor' lah. Bila 'passenger' naik bas kami, aku akan collect duit dan beri ticket-ticket tu pada mereka. Oooooohh....sungguh seronok skali bila aku berangan menjadi seorang bus conductor.

Ciri-ciri bus conductor yang berwibawa

Bus conductor selalu bawak sling bag kecik tergantung kat bahu mereka. Aku panggil tu 'magic-pouch' dan dlm beg tu ader ticket bas yg berwarna-warni, ader duit kertas, ader duit syilling. Nanti dia akan jalan dari satu passenger, ke satu passenger. Pastu dia collect duit kat org yang membeli ticket....mcm cashier bergerak gitu. Pastu dia akan ketip ticket bus dan menandakan dari mana passenger tu naik. eeeiiii.....seronok nyer!

Bukan senang nak jadi seorang bus conductor yg berwibawa lagi prihatin. Bus conductor ler yang akan bertanggungjawab menjaga keselamatan para penumpang ketika dlm bas. Kalo ader passenger gaduh ke, passenger nak duduk, nak turun, passenger kena raba ke, kena pick-pocket ke...bus conductor ler yg akan dtg dan menyelamatkan keadaan. Hero jer yg bole buat kejer mcm tu.

Jadi bus conductor nie nak kena fit jugak. Kalo bus tak bole bergerak, dia ler org pertama yang akan turun dan tolak bus tu dari belakang...huhu.

Bila bus nak gostan (reverse), dia ler yg jadi mata belakang si driver bus tu. Nanti dia jerit, "Gostan....Gostan...gostan lagi!...opp..opp...STOP!" Fuhh..kagum ler aku tengok.

Yang lebih mengkagumkan lagi, bus conductor nie betol nyer skillful. Time bas tu bergerak laju, mereka nie selamba jer bergerak dari hujung ke hujung bas. Pastu tak payah pegang aper-aper pon. Steady jek diri. Kekadang tu bole diri pakai satu kaki jek.

Jadi bus conductor nie, otak nak kena cepat buat kira-kira. Ye lerr, nak kena laju kira duit. Mana kao pernah nampak bus conductor pakai calculator dlm bus kira duit kan?? Sumer kira duit pakai otak siot!

Time passenger bayar duit ticket bus, dan apabila bus conductor nak pulangkan duit baki lak, dia akan selok jer magic-pouch, goncang-goncang sikit...pooof! terus kluar duit baki kat tangan dia. Exact change lak tuu!! Terror siakkk...

Lagi satu, jadi bus condutor nie, daya ingatan nak kena tajam. Dia nak kena ingat sumer muka2 passenger yg naik-turun. Mana yg dah bayar duit, mana yg blom bayar. Nak kena ingat nombor bus stop, harga tambang perjalanan..perggh..mcm-mcm lagi ler kejer dia org tu kena buat.

A tribute to bus conductors

Aku tabik spring kat sumer bus conductor nih. Kira mereka nie hero ler. Aku rasa tugas sebagai bus conductor nie begitu mulia dan sepatutnya diberi pengiktirafan yg tinggi.

Tetapi malangnya skrang, mana ader lagi bus conductor ek? Tugasan tu dah pupus kat sini. Bus skrang sumer dah guna OMO (One-Man-Operation). So, dah tak seronok ler lagi bila aku naik bus.

So, biarlah blog aku nie aku jadikan tribute kepada mereka yg pernah bertugas sebagai seorang bus conductor sewaktu ketika dahulu.

Dad once told me, "You must study hard, so that you can achieve your dreams."

And I said, "Really?? I can be anything I want?" He said, "Yes, son. Anything in the world you want to be."

I gave him an innocent smile long enough which prompted him to ask me again, "What would you want to be when you grow up?"

No hesitation, I told him proudly, "I want to be a bus conductor, dad!"

I was only 4 years old then. :)

ps: Sebelom jadi hero wayang, Datuk Yusuf Haslam adalah seorang bus conductor. Begitu juga hero filem Tamil yang hensem dan aku minati, Rajnikant. Sewaktu berumur 19 tahun, dia bekerja sebagai bus conductor juga. Kerjaya sebagai bus conductor juga adalah kerjaya seorang hero!

Saturday, November 29, 2008

This is Anfield

Masa balik dari karaoke session ngan geng tadi, we all singgah ke Starbuck. Sementara geng yang lain cari seats, aku diri kat salah satu tong sampah tepi Orchard Road, hisap rokok sambil menikmati keindahan lampu-lampu Christmas.

Su datang join sekaki. Kita berdua diri sesama disaksikan tong sampah yang kaler ijao tu. Oleh kerana aku baru kenal dia hari nie, so aku tak banyak cakap ler. (Lagi pon aku nie pemalu sikit ngan pompan. Dah lah pemalu, sopan-santun lak tu...ahahah!) Tetiba-tiba dia start ajak bobal.

"Are you a football fan?" dia tanyer aku. Tertelan asap rokok aku! First time pompan terpa aku ngan question mcm nie.

"Ermm...yeahh, I am!" aku jawab sampil terpinga-pinga.

"Which football club do you support?" dia sambung lagi.

"Liverpool of course!" dgn penuh bangga dan semangat aku sebut.

"Ah..we are great rivals then." Su kecewa sikit. "I'm Man Utd's. But anyway, my bros are great fans of Liverpool too."

hahaha...pandai dia susun ayat pasal nak amik hati aku. No worries, aku bukan enemy dgn Man Utd fans.

"I don't really call myself a die-hard. But I've been a faithful supporter all this while. And I know they'll be champions this time round!"

"Oh, puhleazzeeee........ek!" Su meluat dgr biler aku cakap mcm tu dgn penuh confident.

Man Utd tahun nie boleh rilex suahhh..

Period.

Tak bole dinafikan, aku dah jadi peminat Liverpool time zaman 80an lagik. Infact, sejak zaman Kenny Daglish lagi. Ingat tak dulu ader "BIG LEAGUE SOCCER" kat TV? huhhu..zaman pak kadok tuu.!

Bruce Grobbellar, Alan Hansen, Mark Lawrenson, Steve Nicoll, Paul Walsh, Ian Rush, Jan Molby...etc. I think that was the best Liverpool team line-up between the '85 to '89. They are the meanest when they are at their best.

Tak lama lagi Stadium Anfiled nak kena roboh lak. Aiseehh..sedih ler. Walaupon mereka akan dpt stadium baru dan lebih canggih, tapi kenangan Anfield tak dapat diganti. Mesti suasana main di stadium baru rasa lain.

Tu hari aku mooted idea nak ke UK dgn Spidey. Aku nak ajak dia tengok Anfield for the last time before it goes flat! Ntah sampai ke tidak hajat aku nie. :(





This is Anfield - You'll Never Walk Alone



Saturday, November 01, 2008

For the very 1st time...

Orang kater 'pecah bujang' ek??

Rabu lepas, aku buang tabiat. Aku gie tengok theater kat Marine Parade CC. Dlm seumur hidup aku, tak pernah aku kenal aper tu theatre. Sebut jer lakonan theatre, aku teringat citer Macbeth ke, Romeo Juliet ke...perrghhh ntah aper-aper lagi siak. Boring jerr..

But aku nak gie tengok theatre citer Gemuk Girls. Kebetulan si Melur yang acting. Lagipon, aku betol sangat nak tengok dia buat serious acting kat stage. Selama nie aku tgk dia kat rancangan TV kanak-kanak jek.

Saper tu Melur ahh?

Sebelom nie, aku tak kenal saper Melur. Tapi, ader ler satu hari tu aku TERtengok siri Tahu Nahu kat TV. time tu aku baru balik kejer, tengah makan nasi dgn sardin, kat ruang tamu.

Dalam rancangan tu ader 4 characters - Si Dol, Sulong, Melur dan Cikgu Bedah. Antara 4 orang nie, skill acting Melur paling berlainan sikit. Watak dia lak sebagai sorang murid berumur 11 tahun. Lakonan dia betol-betol buat aku kagum. Selamba jek dia bobal. But the most outstanding about her, she can do good face expressions and she's very good with her articulations. Aku rasa, itu lah fundamental yang paling penting being an actor.

Sebelom nie, aku dah banyak tengok org belakon kat TV, but takde yg meninggalkan kesan sangat. Tapi, si Melur ni buat aku betol-betol enjoy tengok lakonan dia. Tak semena-mena aku yang dah tua bangker nie, jadi pengikut setia siri Tahu Nahu from that day.

Aku tanyer pada diri aku, "Saper sey si budak Melur nie? Dia belakon terror ahh..tapi, kenapa baru skrg aku nampak dia kat TV ek? Knp tak dari dulu lagi...?"

Pelakon-pelakon muda yang ader skrang nie sumer giler glamer...harap muka jek lawa! Tapi lakonan kaku. Takde meninggalkan kesan langsung.

Oleh kerana aku terlampao curious sangat pasal si Melur nie, aku pon buat ler research kat internet. Rupanyer, si Melur nie adalah Siti Khalijah Zainal, salah seorang pengiat dalam seni theatre. Ohh...Tu pasal ler dia nyer acting ader 'class'. Dah lama rupanyer dia buat kejer nie, cuma skrg baru dia ditonjolkan. Sememangnya aku kagum dgn bakat yg dia ader. So far, not many aspiring actors/actresses possess her acting talent. Sadly, not many. :(

So dari situ ler aku mengenali saper tu si Melur.

Gemuk Girls

"Citer Gemuk Girls?"

Invitation terpampar kat Facebook aku. Unfortunately, the show opening night jatuh pada mid-week. Memula rasa malas nak pegi pada hari tu, memandangkan ianya jatuh pada hari rabu.

Aku cuma free hari Jumaat jek. So, aku rasa gie on Friday pon ok gak. Tak kelam-kabut sangat pasal dah weekend. Since si Spidey kejer somewhere near the venue, aku pon kol si Spidey ajak dia temankan aku.

Spidey kater malas nak gie. Dia tak reti nak menjiwai seni theatre nie. Lagipon, this week dia lemao satu badan pasal baru balik dari Surabaya on Deepavali. Ok ler, aku tak paksa dia.

Aku message Melur tanyer kalo masih bole beli ticket last minute kat sistic for Friday's show. Melur reply dia ader satu tiket complimentary for the opening nite. Dia bole kasi aku. But only for Wednesday opening nite only.

Since dia sudi nak 'sedekah' kan aku tiket FREE, aku pon dgn berbesar hati ler menerima pemberian nyer. Dia kater jgn dtg lambat, nanti pintu totop!

Aku cabut dari opis siang on that day. 7.30pm aku dah sampai kat Marine Parde CC. Aku pon gie ler collect tiket FREE kat front desk. Aku ingat gie tengok theatre mcm gie tengok wayang.

Ingat ader jual Popcorn ke, Coke ke kat dalam tu...hahaha! Terus-terang aku memang org gayat.Takde org aku kenal kat situ. Lelagi aku cuma datang sorang jek. Tak tentu arah di buatnyer kat lobby. Tak pandai betol bobal pasal drama seni-seni nih. Kalo pasal muzik rock, ok jugak ahh..Rasa mcm the odd one out siakkk! Betol-betol out of place derr... :)

But being me, aku sengaja paparkan muka sardin aku nie. Eksyen selak buku ler, baca brochures lerr, tengok jam ler, tengok dinding ler, kira brapa banyak lampu ader kat ceiling, korek idung, garok bontot ler....huaaarrghhh...mcm nak menangis tunggu bila show nak start.

Free Seating

Akhirnyer, kol 8.15pm kami dibawa masok ke seating area pasal show dah nak mula kejap lagi.

Wahh...bedebar seyy nak tengok. Mesti kat dlm besau mcm auditorium kat Esplanade. Ader langsir besar, ader stage tinggi, ader lampu banyak-banyakk...bla..blaa..blaa..

Rupanyer fikiran aku meleset. Bilik theatre tu gelap gulita dan sempit skali. Tempat dudok penonton mcm kat Indoor Stadium yg bole sorong-sorong. 1 row dlm 25 kerusi jek. ader 4 rows altogether. Aku dok kat 3rd row kat tengah-tengah. Mcm nak koyak seluar aku melangkah tempat yg sempit pasal nak rebut kerusi. Maklom ler, free seating lah katakan.

So, dudok ler berhimpit-himpit dgn segala mcm manusia yg hadir. Ader org cina, ader org melayu, ader org india, ader mat-saleh. Wahh! Segala mcm bangsa ader! Mcm gie tengok national day parade siot!

Bila dah dudok kat kerusi baru ler aku terperasan. Eh, mana stage?? Takde stage?? Pakai platform jek? Takde props? Backdrop pon takde? Sekadar screen putih jek kat belakang tu? - Kegayatan aku makin nampak terserlah...

"Eh, salah bilik tak aku nie?" Aku tengok org sekeliling aku dgn mata yang terkebil-kebil.

"Hi, anybodie sitting besides you?" tetiba ader awek cina menyapa aku dari tepi. Fuhh...Jamboo siot!

"No. I came alone. This seat has no owner." aku jawab sambil memberi senyuman ku yang termanis sekali kat dia.

Awek cina tu pon tersenyum balik dan dok rapat ngan aku. Terlampo rapat sangat sampai bahu dia tergesel-gesel kat aku. Aku tak kisah. Aku rela bahu aku digesel dgn bahu dia...hahaha!

Sebelah kanan aku lak, nyonya tua step tatai. Mekap kat muka dia...mak aiii! Punyer ler tebal bertepek! Isshh..Kalo dia pon nak gesel bahu dgn aku jugak, aku terajang kuda karang kat muka dia!

Jarak penonton dan pelakon dlm bilik tu punye ler dekat! Aku rasa ada ler dlm 2-3 meter jer jauhnyer. Para pelakon takyah pakai microphone pon. Dia org bobal bisik-bisik pon sumer org bole dgr. Ader jugak aku dgr bunyi-bunyi perot keroncong masa kat dlm theatre tuh...hahaha!

Al-kisah, cerita pon bermula...

Lampu bilik pon digelapkan tanda show nak start. Tetiba, lampu spot light disuluh direct ke watak Marzuki, yg dilakon kan oleh Najib Soiman. Dari tadi dia dah terbaring depan kita sejak kita masok. Tiba-tiba ajer dia bangun. Dia tengok sumer penonton-penonton yg hadir kat situ. Lepas tu dia tersengih-sengih ketawa.

"Isshh..Giler kaper dia nie?" aku bisik dlm hati.

Lepas tu, dia mula kan dialogue dia. Skali dialogue dia cakap melayu dahh! Kat screen putih tu ader ler subtitle Inggeris. Dia pon terus pot-pet-pot-pet...Aku pon blurr rabak. Aku rasa, aku dah tersalah tengok show nie.

Ini theatre citer melayu kaper??...ishhh. Terus terang aku catch no ball aper dia bobal. Takde ujung, takde pangkal...tau-tau citer jalan terus.

"..Pukol 4 pagi, pintu aku diketuk. Gedebang-gedebung-gedebang!!.." Lebih kurang mcm tu ler dialogue si mamat tu.

Si awek cina jamboo sebelah aku kekek ketawa. Aik? mcm ler dia paham bahasa melayu? Aku lak asyik meleng baca subtitle kat screen...saja nak tengok brapa perfect translation inggeris dari dialogue melayu tu.

Ader dialogue omputih, dialogue melayu, dialogue cina...makkoo! Ader 1 couple mat saleh tua dok depan aku. Confirm dia tak faham aper bahasa tu. Takde reaction langsung aku tengok dari mat saleh tuh. Mesti dah lost jugak nie...Sama blurr mcm aku nih.

But, as the show went on for the next 90 mins, we began to comprehend the objectives and the message they were trying to send across. It was simply amazing watching only 3 actors relating the plight and showcasing their talents, putting souls into each character potrayed. Slowly, the audience were engrossed and totally absorbed into the play, feeling every inch of pain, laughter, love, agony until the very end of epilogue.

As Siti, Alin Mosbit and Najib Soiman reappeared on the stage for the ovation, I realised it has been an enriching experience watching theatre for the very first time in my life!

The plot was good, the play act was very creative and the actors were superb.

Ternganga siakk aku tengok pelakon-pelakon tu sumer. They really have the courage, the talent and the passion. Aku kagum dgn bakat orang-orang seni nih. Ketawa, menangis, marah, geram, perrghh...macam-macam lah dia orang lakonkan.

Sumer di buat secara live tanpa director's cut. Takde break pon. Takde sangkak pon!

Apa yg aku saksikan pada Melur adalah luar dari jangkauan. Aku ingatkan Melur sekadar pelakon siri kanak-kanak kat TV. Rupanya beliau adalah seorang pelakon yg berkaliber besar dan hebat! Lebih hebat dari apa yg aku jangkakan.

Kalo korang tengok dia menjiwai watak Juliana tu...perrgghh bukan kejer mudah siot! Watak Juliana tu satu watak yg begitu berat, watak utama! Watak yang dilakon oleh Melur mempunyai beberapa transition yang berlainan disepanjang pementasan itu. Dah ler tu, banyak siak dialogue, babak dia nak kena ingat. Fuhh...kagum ler!

Mulai hari tu, perspective aku dalam theatre bertukar. Changed deliberately. It gives me a new perception. Theatre is not only about english literatures, dramas, play actings, shakespears. It provokes your intellectual. It makes you think. It brings you to new dmensions. It explores all the possibilities. It can really change your views about everything and anything around you.



Weekend Today - November 1, 2008 : Pg 50-51

As for Melur, I salute her that instant. She deserves the credits. I guess I wasn't wrong about her talent and ability. She'll definitely achive her dreams someday. Intuition tells me. :)

Gemuk Girls is a beautiful political epic. It really has nothing to do about girls being gemuk! And don't be fooled looking at the poster, I tell you :)

A great playwright by Haresh Sharma and wonderfully directed by Alvin Tan. I urge non-theatre goers to see for yourself. You'll love it. I know I did!

Kalo sesiapa yang dok kat Kuala Lumpur tu, 'Gemuk Girls' akan hadir di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performance Arts Centre (KLPac), pada 4-7 Dec 2008. Ceritanya ader kena-mengena dgn keadaan kiter, negara kita dan politik yang terjadi masa sekarang. Satu citer yang hebat! Tak caya gie tengok aahh...

Click sini >> http://www.timeoutkl.com/performance/events/Gemuk-Girls

----------------------------------------------------------

The Necessary Stage

The Necessary Stage celebrates the award-winning collaboration of Director Alvin Tan and Playwright Haresh Sharma with a provocative new work.


Kartini and Juliana are not your typical mother-daughter pair - one loud and overbearing, the other straitlaced and on the threshold of entering politics. Together, they are Gemuk Girls and proud of it.

One day, they receive shocking news about Kartini’s father who had been arrested and detained in the 1960s. Suddenly the floodgates of the family’s emotional past are thrown open. Can a family survive as they struggle to reconcile the past with the present? Will Kartini and Juliana continue to be Gemuk Girls?

Gemuk Girls is a bold and often darkly humorous look at family politics and the politics of the day.

Director : Alvin Tan
Playwright : Haresh Sharma
Cast : Aidi ‘Alin’ Mosbit, Najib Soiman, Siti Khalijah
Multimedia Designer : Loo Zihan
Set Designer : Vincent Lim
Lightning Designer : Helmi Fita

Performances
29 Oct - 1 Nov & 6 - 8 Nov, 8pm
1 - 2 Nov & 8 - 9 Nov, 3pm

Venue
The Necessary Stage Black Box
(Marine Parade Community Center)

Tickets
$27 $22*
* Concessions for students, senior citizens and NSF

Advisory: Mature Theme (16 years and above)

Tickets are available through the SISTIC hotline at 6348 5555, via the
SISTIC website at www.sistic.com or at any SISTIC authorised agents islandwide. Information on discounts and concessions can be found on the SISTIC website.

Other related news : http://www.channelnewsasia.com/stories/entertainment/view/384770/1/.html

http://loozihan.wordpress.com/2008/08/24/gemuk-girls/

http://www.oktonite.sg/nite/scene.html#gemuk

http://www.facebook.com/event.php?eid=22587138306

http://www.necessary.org/MainSeason/mainUPCOMING.htm

Monday, October 06, 2008

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Tribute to Haron AbdulMajid

Selepas Loloq, seorang lagi insan seni dari Singapura telah pergi buat selamanya.

Seperti lirik lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang beliau cipta, Haron AbdulMajid, telah pergi manyambut seruan Ilahi tepat pada pagi Syawal minggu lalu.

Sayu rasanya ketika aku mendengar khabar berita pada pagi Hari Raya itu. Bertambah sedih lagi bila aku hayati lagu hari raya dendangan Sudirman ini, seolah-olah mempunyai makna yang tersirat disebalik lirik yang beliau tulis itu.

"Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama. Meraikan Aidil Fitri yang mulia..."

Hanya sekarang baru aku sedar apa yang beliau maksudkan. Mak aiii....so touching seyy... :-(

Quote:

HARON ABDULMAJID MENINGGAL
Penyajak dan penulis seni kata mapan hembus nafas terakhir pada pagi Raya

Oleh Kamali Hudi

CAHAYA Aidilfitri hasil gubahan Haron Abdulmajid yang berkumandang di udara sejak beberapa hari lalu menambah suasana syahdu menyambut Raya.

Namun, suasana yang dibawakan lagu dendangan Jat daripada kumpulan Black Dog Bone itu bertukar sedih dan pilu pada pagi Raya kelmarin.

Ini kerana penyajak/penulis seni kata mapan Haron Abdulmajid, 58 tahun, pergi buat selama-lamanya bersama Ramadan yang berlalu.

Bagi yang membaca Berita Harian awal pagi Raya, mereka mulanya agak lega kerana beliau dilaporkan akan keluar dari hospital pada minggu kedua Hari Raya memandangkan ada tanda-tanda pemulihan.

Seorang rakan karibnya, Haji Mustaffa Yaakub, berkata Allahyarham dilihat agak ceria apabila rakan-rakan rapat menziarahinya dan tidak ada tanda-tanda beliau akan meninggalkan kita secara mendadak.

'Beliau melihat kami dalam keadaan tenang dan kadangkala mengukir senyuman sehari sebelum ini,' jelas nya.

Menurut seorang lagi rakan karibnya, Haji Nashir Yusop, perubahan mendadak Allahyarham bermula 4 pagi kelmarin.

Haji Nashir telah dihubungi pihak hospital agar beliau dan rakan-rakan segera ke hospital kerana keadaan Allahyarham begitu tenat.

Menurut doktor, Allahyarham mengalami komplikasi dengan tiba-tiba di bahagian kepala yang masih terdapat beberapa ketul ketumbuhan yang belum sempat di keluarkan.

Haron menghembuskan nafas terakhir pada 8.48 pagi di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Beliau banyak menulis sajak dan seni kata lagu sejak 1970-an.

Kali terakhir, beliau menyiapkan novel pertamanya berjudul Ombak Jadi Saksi dan CD Hari Raya, Lambaian Lebaran, yang kini beredar di pasaran.

Kini, seni kata lagu hasil ilhamnya dan didendangkan artis-artis terkenal tetap dikenang dan beliau dianggap sebagai seorang pejuang seni muzik Melayu.

Antara yang menziarahi Allahyarham ialah rakan seperjuangan seperti komposer veteran Kassim Masdor, penulis seni kata veteran Yusnor Ef, sasterawan Jamal Tukimin dan para artis serta dramatis.

Beliau meninggalkan balu dan dua orang anak, masingmasing berusia empat dan 10 tahun, di Yogyakarta, Indonesia.

Jika menerusi lagu Cahaya Aidilfitri menambah suasana syahdu Syawal, satu lagi lagu Raya gubahan Allahyarham, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, dendangan Sudirman Haji Arshad (Allahyarham), jelas tersirat hasratnya sebelum pulang ke rahmatullah.

End quote.

Terimakasih dengan segala karya seni mu untuk kami selama ini. Semoga roh mu sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fateha...

Dari Jauh Kupohon Maaf

Lirik : Haron AbdulMajid

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

ps : Dari jauh ku pohon maaf jua kepada keluarga Tok Busu Lamin yang datang jauh dari Pahang yang tak sempat aku ketemu dikampong pada raya pertama tu hari. Semoga kiter dipanjangkan umur dan bersua lagi pada masa yang terdekat nanti, Insya-Allah.

Sunday, July 27, 2008

Tribute to Rusty Blade

Saper tak kenal kumpulan rock lagenda dari Singapura, Rusty Blade.

Kalo lu orang mat rock pada zaman 80an, Rusty Blade memang dah tak asing lagi buat lu. Kalo Search menjadi gergasi kumpulan rock dari Malaysia, Rusty Blade pula gergasi mewakili Singapura.

Kalo kiter tanyer rockers semalaya, saper tak kenal Khalid Mobin, gutarist dari Rusty Blade yang seangkatan dgn Man Kidal. Selapas Yantzen berpisah, suasana muzik rock Singapura menjadi hambar. Rusty Blade seolah-olah terkubur.

Walau bagaimanapon, sehingga ke zaman ini, lagu-lagu Rusty Blade tetap menjadi ingatan kepada rockers semua.

Anugerah Band 2008 yang telah dianjurkan di saluran TV Suria baru-baru ini, seperti mengembalikan semangat kegemilangan rock disini. Saat yang paling manis dalam pertandingan itu apabila peserta-peserta pertandingan telah bergabung untuk memberi satu persembahan hebat demi memberi satu penghormatan kepada kumpulan rock lagenda Rusty Blade.

This is the very BEST and the very FINEST performance of the whole competition.


Ikrar Perwira (Rusty Blade) - Peserta-peserta Anugerah Band 2008

ps: Aku tengok Khalid Mobin nangis, aku pon turut mcm nak nangis jugak!

Thursday, June 19, 2008

So Lonely - A tribute to Loudness

Never before, a heavy metal rock band from Asia was able to burst into stardom as successful as Loudness.

Originated from Japan, the group was made up of 4 band members- Minoru Niihara (vocals), Akira Takasaki (Guitar), Masayoshi Yamashita (Bassis) & Munetaka Higuchi (Drums). Their style of music genre has greatly influenced the era of rock in the Asia continent, as far back in the 80s.

After streaks of uncoutable success, the downfall of Loudness began when vocalist Niihara left the band in 1988. An American singer, Mike Vescara, stepped in to replace the missing link in 1989, where the band managed to produce a hit song - Soldier Of Fortune.

The originality of Loudness soon diminished, when their style of music was no different from the other US counterparts, and that suffered the band's popularity.

Then, after many replacements of its members, Loudness was never the same. Only in 2001, Loudness was revived to its original line-up to take on the world again.

Just as sudden, the rock arena became 'so lonely', when Loudness finally disbanded in 2008.

END OF A LEGACY. *Sad :-(

LOUDNESS (LIVE) - So Lonely (Japanese version)

So Lonely (English version)

So far away
You've been gone all the while
I'm feeling lonely like a homeless child
This clown pretends
everything's all right
While his heart is breakin' inside

So lonely, so lonely for you
Oh baby, Oh baby
I'm so lonely
What can I do
I'm trapped
I'm livin' without you

You're all that I have
I can't leave you behind
The touch of your love
Oh it burns me inside
I should break away
But I've nowhere to run
I'm trapped
I'm livin' without you

Love gone wrong
Love gone blind
Tears may flow
Till the end of time
Can't let go
To what I left behind
I've awaited too long

So lonely, so lonely for you
Oh baby, Oh baby
I'm so lonely
What can I do
I'm trapped
I'm livin' without you