Showing posts with label ole-ole. Show all posts
Showing posts with label ole-ole. Show all posts

Tuesday, January 06, 2009

Kerepek Pisang yang enak lagi ranggup!

Kerepek Pisang
Krapp....Kruppp...Krappp....Kruppp....

Aku tengah kunyah kerepek pisang nie. Uiihhhh...sedappp gilerrr! Sangat ranggup dan enak!

Kebetulan tu hari, kawan aku Agung, akan pulang bercuti ke kampong halamannya di Indonesia.

"Pak, bisa kirimin kerepek pisang, nggak?" aku bertanya dengan penuh harapan sambil memberi senyuman yang comel dan manja skali.

"Iya...boleh...boleh skali!" Agung membalas tanpa banyak spelling. "Brapa kamu mahu?" dia tanyer lagik.

Rasa macam nak mintak dia bawak balik 2 crate jek. Memandangkan dia tu pulang naik kapalterbang, so aku cuma kirim 1 packet lerr. Ye ler, nanti kalo kirim banyak-banyak takot kena access baggage jer kat airport tu..huhu!

First time aku makan kerepek pisang nie, time WakDin kasi. That time dia baru jek pulang dari Indonesia jugak. So, dia bawak balik ler ole-ole sikit. Bila aku masok mulot, aku tak expect rasa nyer sesedap ini. dari situ ler jatuh cinta, rasa pertama...

Ianya mcm pisang salai. Dihiris nipis, disaluti tepong dan digoreng macam goreng pisang. Rasanya ENAKKKKK DEHHHH!!!! Terangkat kaki aku siakk biler makan, sampai terkejam-kejam mata....hahahaha!

Dahsyat woohhh...non-stop ah makan. Kenapa ler kat sini susah nak cari benda nie? Kalo korang ader nampak ader jual kat kedai, tolong bilang aku ek...plz...plz...plz! :-)

Ok. Aku dah makan sampai habis pon. *burp*


ps: Terimakasih skali lagi, Agung! enak banget!

Sunday, November 30, 2008

Minum 1 orang, enjoy 2 orang

Wak Deris baru jer balik dari Padang, Indonesia tempoh hari. Dia kesana kerana cari barang sikit utk berniaga kecil-kecilan.

"Aku beli tikar, sejadah, telekong, jamu, tilam...pasal nak buat niaga sikit ler. Orang sini suka sangat beli kat Masjid India. Tapi, sebenarnya, barang kat situ sumer dibeli secara borong dari Padang nie lah. Harga nyer pulak jauh lebih murah dari Masjid India." jelas Wak Deris yang memang dah selalu ke Padang.

"Ader buah tangan sikit aku bawak balik nak kasi kau nih."

Wak Deris menghulur aku satu bungkusan kecil.

"Eh? aper nie Wak? Serbok kopi ke?" aku tanyer sambil membelek-belek bungkusan yang nampak begitu comel skali.




"Nie dinamakan Jus Pinang. Bagus jus (juice) nie untuk menyihatkan tubuh badan kau tu." kata Wak Deris dengan bersungguh-sunguh.

"Ader orang, tak suka makan jamu. Dia orang kater badan rasa panas. Jadi Jus Pinang nie sebagai pilihan alternatif ler."

Padahal aku sendiri tak pernah makan jamu, so aku angguk-angguk-geleng-geleng, eksyen macam paham gitu....hahaha!

Sambil aku menghirup teh panas, Wak Deris terus menyambung mempromosi Jus pinang dia kat aku. Aku tengok dia betol-betol sebijik macam pakcik jual obat kat Geylang tuh.

Sedang aku membaca ramuan-ramuan yg tertulis di bungkusan tu, aku terpandang ayat nih - "Minum 1 orang, enjoy 2 orang".


Oleh kerana aku tak faham, aku pon tanyer ler Wak Deris apa maksudnya. Wak Deris datang dekat, lalu membisik-bisik sesuatu kat telinga aku.

"MMUAHAHAHHAAAAAMUAHAHAHAAAA....!!!!" aku ketawa terbahak-bahak mendengar penjelasan dia. Aku tersedak sampai teh aku minom tadi terkeluar kat lobang hidung!

Agak-agak korang, aper agaknya Wak Deris tu bilang kat aku tadi? heheh...Lu pikir lah sendiri, okey :-)