Showing posts with label Ibadah puasa. Show all posts
Showing posts with label Ibadah puasa. Show all posts

Monday, September 08, 2008

Renungan Ramadan

“Orang yang melaksanakan ibadah puasa, memiliki dua kebahagiaan yang pasti akan dirasakannya: Saat berbuka, ia berbahagia karena selesai berpuasa. Saat berjumpa dengan Allah, ia berbahagia, karena ibadah puasanya.”

- Diriwayatkan oleh Al Bukari II: 673, oleh Muslim II: 807 dan At Tirmidzy III: 137

Deiiyy...nie dah melampao!


Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

ps: Semoga Allah menerima ibadah puasa kiter. Amin.

Friday, September 05, 2008

Tips Kejutkan Orang Bersahur..ehhehhe~

Aku dapat email nie berlambak-lambak kat mailbox aku....



Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. Tampar-tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. Tutup kipas/air cond

TAPI, kalau still tak ada effect...

1. Jerit nama dia kuat kuat...
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

TAPI, kalau still tak ada effect gak...

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!

TAPI, kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir...

1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya ..........

ps: Selamat bersahur...Jangan lupa baca niat posa sebelum tidor nanti, ok.

Monday, September 01, 2008

1st day puasa...

Hari pertama posa telah ku harungi dgn baik dan lancar tanpa banyak dugaan..heh!

Aku kunci jam kol 4 pagi tapi terbangun 10min lebih awal. Mungkin terlampau excited nak posa? hahaha...mcm bebudak jek!

Lepas bersahur tadi aku tak sambung tido. Kononnya nak terus mandi dan bersiap utk ke tempat kerja. Aku nak surprise kan semua orang kat opis datang kerja lebih awal dari biasa. Sementara nunggu azan subuh tadi, aku godeh ler PC aku dan menghabiskan kerja2 yg semalam aku tak sempat nak buat pasal gie terawih.

Lepas solat subuh, tetiba mata aku pulak terasa kelat. Ahh..ingat nak baring kejap ler. Lagipon air dlm bilik mandi tu sejuk giler ler...brrrrrr....

So, aku pon landing balik kat katil. Nak jadikan cerita, golek punya golek, aku pon terlelap. Disajikan lagi dgn mimpi-mimpi terindahhh...aku pon belayar jauh ke pulau bantal.

Tersentak dari lamunan mimpi dah kol 10.15am...huaarrgghhh. Nak datang opis awal kebenda??! Kelam-kabut aku masok bilik air mandi...

Lunch time tadi, perot aku dah munyik lagu keroncong, menandakan telah masuknya waktu makan bagi wilayah persekutuan dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengannya.

Oleh kerana boring dok terperap kat opis, aku kluar ler gie merayau. Aku gie Serangoon Road singgah ke Mustaffa Centre. Ingat nak cari kasut raya. Dah 3 tahun aku raya tak pakai kasut....kesian siak aku.

Bila sampai nak masok carpark tadi, ader ler satu lori kat depan keter aku tu tersangkut kat palang besi akibat had tinggi yg berlebihan.



Lori yang tersendat kat palang

30min lamanya aku tunggu kat luar carpark tak leh masok. Menyirap siakk darah...sesungguhnya posa ini telah menguji tahap kesabaran aku. Kalo tak aku dah kluar maki hamun sama tu drebar....cheeewahh!

At last, aku cuma sempat rounding 15min jek. Satu benda pon aku tak beli akibat kesuntukan masa tadi.

Petang aku cabut opis utk pulang awal. Aku singgah ke Bussorah street nak cari kueh. Sambil tu jalan2 kejap ler nak tengok bazaar ramadan kat situ. Konon nak menikmati suasana bulan posa.

Tengok..ader 4 ekor burung merpati kat situ...cantiknyer!

Tapi tak banyak gerai yang bukak. Khemah jer berderet, tapi kosong. Alamak, punya ler boring. Mungkin hari nie 1st day Ramdan, so belom ramai lagi yg datang berkunjung.


Tak semangatler tengok. Oleh kerana aku dah tersampai kat situ, tak kan nak balik tangan kosong kan?




So, beli ler briyani dam, kueh 2-3 mcm utk juadah berbuka posa nanti. Lepas tu, aku teruskan perjalanan pulang.

Itulah pengalaman posa hari pertama. Mcm mana lak dengan korang? Seronok posa?

Besok posa, jgn tak posa, ok...

Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Hari Merdeka

Salam Ramadan

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)

Esok kita akan bersama-sama menjalani rukun Islam yang ke 3. Kepada semua kenalan dan pembaca-pembaca blog ini, saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Selamat Berpuasa.
------{@


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


------{@
Selamat Hari Merdeka

Tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51. Semoga hari ini dapat meningkatkan lagi jati diri dan semangat warisan yang telah terbina sejak sekian lama ini. Kibarkan Jalur Gemilang (jangan terbalikan ok!).

Selamat Hari Merdeka.


31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka