Dlm envelop tu ader sepucuk surat yg ditulis atas sekeping fullscap paper. Pastu aku nampak ader gelang!...GELANG??!!!
eh?? nie tangkal kaper?..so aku belek lah gelang tu. Ader bijik manik kaler merah & hijao..
Aku tak puas hati ahh. Saper seyy kasi benda nie? So far aku tak pernah beli benda nie kat online. Yg last aku beli online tu hari, sluar dalam SpongeBob dari Australia. Lawa seyy aku pakai. Comel jer...hahaha! (Jgn percaya okey..aku bohong!)
"Utk Abg.Zu - Adk reka khas gelang manik ini utk Abg.Zu. Tanda penghargaan dan terimakasih adk kpd abg yg bnyk memberi nasihat dan kata semangat utk adk mangharungi liku hidup. Keihklasan abg itu benar-benar menyentuh perasaan adk. Tiada apa yg boleh adk beri pada abg sebagai balasan dan cenderahati yg adk buat ini, adk harap abg sudi menerimanya...- Adik Mas"
Adik Mas seorang insan yg 'istimewa'. 'Istimewa' kerana dia seorang yg kurang upaya. Kedua kakinya lumpuh sejak dilahirkan. Kerana itu, beliau sukar berjalan dan tidak dpt melakukan banyak perkara yg biasanya kiter bole melakukan nyer dgn mudah. Walaopon dia cacat dari segi zahirnya, namun hati budinya cukup sempurna. Beliau seorang yg tabah dan tidak pernah menyesali akan nasib yg menimpa diri.
Dia tidak pernah ke sekolah, tapi Adik Mas hebat mengarang cerpen2 dan sajak2 yang puitis. Seharianya hanyalah dengan membaca. Tak kira novel, majalah, surat khabar...kadang2 aku rasa, beliau lebih cerdik dan lebih matang dari diri aku sendiri. Jendela dunianya adalah radio, gurunya adalah pengalaman, sahabatnya adalah kesepian.
Beliau tidak pernah kenal erti sesal. Dia sedar akan nasib dirinya. Kadangkala dia bertanya, mengapa dia dilahirkan sebegini rupa. Kenapa dia tidak secantik atau sempurna seperti insan lain.
Aku tak bole nak jawap pon. Aku hanya dapat memberikannya nasihat dan kata2 semangat supaya redha pada aper yg telah dikurniakan padanya. Aku tak mahu dia berputus asa utk meneruskan ranjau kehidupan ini.
Semua manusia itu tidak pernah sempurna. Setiap insan mempunyai kekurangan. Tetapi, disebalik kekurangan itu, kiter dianugerahkan keistimewaan tertentu yg tidak dimiliki orang lain. Bukankah Tuhan itu maha adil?
Namun Ku Punya Hati
ps: Apabila memilih kawan, bukan kerana wajah atau rupa yg cantik, tetapi kerana hati yang ikhlas dan mulia.