Thursday, January 29, 2009

Hati Dakwat* (ntah betol ke tak translation nie..)

Adusss...sebenarnya mata aku tengah perit nie. Asyik ngadap computer sejak 2 hari lalu. Si Yvonne nak gie Korea Khamis nie so, dia dah aturkan jadual utk project dia. Huru-hara aku dibuatnya bila client aku call kasi dateline.

Kriz SMS aku Selasa lalu ajak gie tengok wayang.

"Hi everyone, if i move the movie outing to tomorrow, can u all make it? Please let me know"

Alamakkk!! Date tengok wayang pon kena reschedule?? Lagi ler bertambah huru-hara aku dibuatnya. Berlincah kodok ler aku memperhabiskan kejer-kejer yang tak abes nie. Nak chatting online pon tak sempat....weak siaaaa...

Tapi, dgn berkat ketekunan dan kerajinan aku yg teramat dahsyat, dapat jugak aku memperhabiskan kejer dan kluar gie tengok wayang bersama rakan-rakan yang lain. Ntah aper citer pon aku main 'yes man' ajer. No time nak kasi objection.

Citer fantasy yang bertajuk "Inkheart". Seseorang itu jika mempunyai "silver tongue", apabila membaca buku-buku cerita, setiap watak dalam buku cerita itu akan terkeluar menjadi nyata...woohooo!

Let's say, aku mempunyai 'silver tongue'. Pastu aku baca citer Mermaid...pooofff! Kluar sekor duyung (mcm Maya Karin) tergolek depan aku...Yeeehoo! Aku soka skali!!

Kalo aku baca buku citer kisah Puteri Gunung Ledang....Zappp!! nanti Puteri Gunung Ledang (mcm Tiara Jaqualina) akan menjelma depan aku.

Hmmm...kalo aku baca citer The Three Little Pigs pulok??? hahaha...korang bayangkan lah aper akan terjadi pastu...heh! Aku rasa aku baca magazine playboy lagi bagusss...Lalalalala***





Oh ya, tadi Zalina dgn baik hati kasi aku 4 tiket FREE tengok bola . Dia kater tak nak aper2 balasan, cuma nak aku belanja dia makan lepas nie. Terimakasih Za! :-)

To nisha: Dear Nisha, thank you for your concern. Tak payah lah supply EyeMo utk setahun. Doktor gigi tu kata, mata I sakit pasal lama sangat tengok computer. So, dia nasihatkan i tak bole blog banyak2....huhu.