Sunday, November 30, 2008

Minum 1 orang, enjoy 2 orang

Wak Deris baru jer balik dari Padang, Indonesia tempoh hari. Dia kesana kerana cari barang sikit utk berniaga kecil-kecilan.

"Aku beli tikar, sejadah, telekong, jamu, tilam...pasal nak buat niaga sikit ler. Orang sini suka sangat beli kat Masjid India. Tapi, sebenarnya, barang kat situ sumer dibeli secara borong dari Padang nie lah. Harga nyer pulak jauh lebih murah dari Masjid India." jelas Wak Deris yang memang dah selalu ke Padang.

"Ader buah tangan sikit aku bawak balik nak kasi kau nih."

Wak Deris menghulur aku satu bungkusan kecil.

"Eh? aper nie Wak? Serbok kopi ke?" aku tanyer sambil membelek-belek bungkusan yang nampak begitu comel skali.




"Nie dinamakan Jus Pinang. Bagus jus (juice) nie untuk menyihatkan tubuh badan kau tu." kata Wak Deris dengan bersungguh-sunguh.

"Ader orang, tak suka makan jamu. Dia orang kater badan rasa panas. Jadi Jus Pinang nie sebagai pilihan alternatif ler."

Padahal aku sendiri tak pernah makan jamu, so aku angguk-angguk-geleng-geleng, eksyen macam paham gitu....hahaha!

Sambil aku menghirup teh panas, Wak Deris terus menyambung mempromosi Jus pinang dia kat aku. Aku tengok dia betol-betol sebijik macam pakcik jual obat kat Geylang tuh.

Sedang aku membaca ramuan-ramuan yg tertulis di bungkusan tu, aku terpandang ayat nih - "Minum 1 orang, enjoy 2 orang".


Oleh kerana aku tak faham, aku pon tanyer ler Wak Deris apa maksudnya. Wak Deris datang dekat, lalu membisik-bisik sesuatu kat telinga aku.

"MMUAHAHAHHAAAAAMUAHAHAHAAAA....!!!!" aku ketawa terbahak-bahak mendengar penjelasan dia. Aku tersedak sampai teh aku minom tadi terkeluar kat lobang hidung!

Agak-agak korang, aper agaknya Wak Deris tu bilang kat aku tadi? heheh...Lu pikir lah sendiri, okey :-)