Monday, November 17, 2008

Abdi Cinta

Minggu lepas terjumpa sorang kawan lama. Oleh kerana dah lama tak jumpa kita pon dok berborak.

Aku tanya khabar dia dan apakah perkembangan dia setelah dia tamat pengajian dulu. Aku dapat tahu dia telah pon berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tapi, rumahtangga tak seindah yg aku jangkakan.

Padanlah badan dia semakin susut aku tengok. Rupa wajahnya kelihatan muram seperti ade ajer masalah yang disembunyikan. Agak risau, aku pon sibuk ler bertanyer jika ader masalahnya yg bole aku bantu? Dia nie sejak dari dulu memang tak suka kongsi masalah dia. Mcm mana punya susah pon, dia suka simpan sendiri.

"Kiter hidup jgn suka menyusahkan orang. Tak bagus." itulah kekata yg dia selalu dia nasihati aku dulu. Dari situlah, aku mengenali prinsip hidup beliau.

But kali ini, aku betol-betol paksa bertanya apa hal dgn keadaan dia sekarang. Sambil kita dok minom kopi, dia ceritakan lah masalah rumahtangga yg dia alami sekarang.

Rupanya isterinya tu dah berlaku curang. Terkejut aku dengar. Selalunya aku dgr kisah suami jer yg selalu buat camtu.

"Memanglah kita selalu dgr kisah suami yg tak baik jer. Mcm dah kena stereotype lak. Tapi, isteri-isteri yg berlaku curang pon banyak jugak. Cuma ianya tak dipaparkan disotkhabar. So masyarakat cuma ingat, lelaki jer yg jahat." kata kawan aku tu sambil dia menceritakan kisah dia naik turun mahkamah.

Memang sedih ler aku dgr kisah rumahtangga dia yg telah terbina selama hampir 10 tahun tu musnah akibat isterinya yg tak sedar diri.

"Penceraian aku tidak akan menyelesaikan masalah aku sekarang. Anan-anak aku masih memerlukan belaian ibu mereka. Tapi mereka tidak tahu aper ibu mereka dah buat sampai jadi mcm nih!" tambah dia lagi.

Alamak! terkedu aku mendengar penjelasanya. Berat ler masalah kawan aku nie. Tapi, walobagaiman pon, dia masih menyayangi isterinya tu. Dia sedia memaafkan isterinya kalo benar-benar isterinya tu bertobat. Kalo bole dia nak lupakan sejarah hitam nih.

"Tapi, apa bole buat? Bukan aku yang mintak jadi mcm nie. Mungkin Tuhan nak menguji kesetiaan aku dan dia."

Aku termenung panjang fikirkan nasib kawan aku tu. Kalo ianya bole kena pada dia, maka ianya juga bole menimpa kepada sesiapa saja.

Wahai isteri-isteri orang diluar sana, jgn ler buat benda mcm nie keatas suami-suami mu. Ingatlah syurga itu ditelapak kaki suami, maka berjasa lah pada suami mu, nescaya syurga itu ganjarannya...

Pada rakan ku tadi, aku respect betol dgn dia. Walaupon, ujian pada dirinya begitu hebat, tapi dia masih sempat lagi dudok minom dan belanja aku air kopi.

Semoga, Tuhan menguatkan lagi keimanan dan kesabaran beliau.

Nymphetamine - Cradle of Filth

ps: Nymphetamine (Cradle of Filth)- the track itself as referring to "a drug-like addiction to the woman in question, with her insidious vampyre qualities literally bringing her lover back from the brink of the spiritual grave, only to bury him further on the strength of a whim.