Sunday, September 07, 2008

Selera Ramadan : Mee Tom Yam

Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah posa.

Seperti tahun yang lepas, ruangan Selera Ramadan kembali lagi. Untuk sesiapa yang tak tahu aper nak berbuka hari ini, saya akan berkongsi resepi special turun-temurun dengan anda semua kali ini.

Hari nie saya 'ter' ada mood untuk makan Mee Tom Yam. So, marilah kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan...

MEE TOM YAM

Bahan-Bahan:

- 150 gm mee kuning (atau mee hoon)
- 100 gm daging ayam
- 100 gm udang
- 100 gm sotong / ketam
- 100 gm bunga kobis
- 1 biji tomato (dibelah)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 batang serai (diketuk)
- 8 biji cili padi (diketuk)
- 1 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 sudu besar pes tomyam
- 2 helai daun limau purut
- 1 biji limau nipis (ambil jus ajer, jgn amik kulit pulok)
- Air & garam secukupnya
- Minyak masak

Cara memasak:

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Lepas tu, tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong (ketam), kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mee kuning (atau mee hoon) & masak selama 3 minit.

Selepas itu, barulah Mee Tom Yam siap untuk santapan. Nak rasa lebih sedap, hidangkan Mee Tom Yam dalam claypot...pergghhhh...(Leleh air liur!)

Selamat mencuba! :-)

ps: Kalo nak lebih ringkas, beli ajer mee segera perencah Tom Yam kat kedai. Tu pon BEST gak kalo dah laparr..heh!