Monday, September 01, 2008

1st day puasa...

Hari pertama posa telah ku harungi dgn baik dan lancar tanpa banyak dugaan..heh!

Aku kunci jam kol 4 pagi tapi terbangun 10min lebih awal. Mungkin terlampau excited nak posa? hahaha...mcm bebudak jek!

Lepas bersahur tadi aku tak sambung tido. Kononnya nak terus mandi dan bersiap utk ke tempat kerja. Aku nak surprise kan semua orang kat opis datang kerja lebih awal dari biasa. Sementara nunggu azan subuh tadi, aku godeh ler PC aku dan menghabiskan kerja2 yg semalam aku tak sempat nak buat pasal gie terawih.

Lepas solat subuh, tetiba mata aku pulak terasa kelat. Ahh..ingat nak baring kejap ler. Lagipon air dlm bilik mandi tu sejuk giler ler...brrrrrr....

So, aku pon landing balik kat katil. Nak jadikan cerita, golek punya golek, aku pon terlelap. Disajikan lagi dgn mimpi-mimpi terindahhh...aku pon belayar jauh ke pulau bantal.

Tersentak dari lamunan mimpi dah kol 10.15am...huaarrgghhh. Nak datang opis awal kebenda??! Kelam-kabut aku masok bilik air mandi...

Lunch time tadi, perot aku dah munyik lagu keroncong, menandakan telah masuknya waktu makan bagi wilayah persekutuan dan kawasan-kawasan yg sewaktu dengannya.

Oleh kerana boring dok terperap kat opis, aku kluar ler gie merayau. Aku gie Serangoon Road singgah ke Mustaffa Centre. Ingat nak cari kasut raya. Dah 3 tahun aku raya tak pakai kasut....kesian siak aku.

Bila sampai nak masok carpark tadi, ader ler satu lori kat depan keter aku tu tersangkut kat palang besi akibat had tinggi yg berlebihan.



Lori yang tersendat kat palang

30min lamanya aku tunggu kat luar carpark tak leh masok. Menyirap siakk darah...sesungguhnya posa ini telah menguji tahap kesabaran aku. Kalo tak aku dah kluar maki hamun sama tu drebar....cheeewahh!

At last, aku cuma sempat rounding 15min jek. Satu benda pon aku tak beli akibat kesuntukan masa tadi.

Petang aku cabut opis utk pulang awal. Aku singgah ke Bussorah street nak cari kueh. Sambil tu jalan2 kejap ler nak tengok bazaar ramadan kat situ. Konon nak menikmati suasana bulan posa.

Tengok..ader 4 ekor burung merpati kat situ...cantiknyer!

Tapi tak banyak gerai yang bukak. Khemah jer berderet, tapi kosong. Alamak, punya ler boring. Mungkin hari nie 1st day Ramdan, so belom ramai lagi yg datang berkunjung.


Tak semangatler tengok. Oleh kerana aku dah tersampai kat situ, tak kan nak balik tangan kosong kan?




So, beli ler briyani dam, kueh 2-3 mcm utk juadah berbuka posa nanti. Lepas tu, aku teruskan perjalanan pulang.

Itulah pengalaman posa hari pertama. Mcm mana lak dengan korang? Seronok posa?

Besok posa, jgn tak posa, ok...